CERITA TENTERA, AIRSOFT, PAINTBALL & CERITA AKU

Woodsball lain dari Speedball (paintball padang), Speedball main kat padang berbantalkan tong dram dan bebelon angin, Woodsball pulak main di dalam hutan, berlawan dengan pacat, kala jengking, nyamuk & semut resaksa & main seperti perang betul-betul dan lebih mempunyai jalan cerita.

Contohnya, save the president, capture the flag, diffuse bomb dan kalau berminat nak lagi ganas dan sadis bleh main macam game Call Of Duty dan Counter Strike... perghhh layan...

Aku start main woodsball nih takde la lama sangat, sebelum ni aku main airsoft dari tahun 1990an, sekarang dah berenti main airsoft & bebarang semua dah jual sebab sukan airsoft ni diharamkan di Malaysia tapi aku tak nampak pun IMPACT buruk sukan airsoft ni kat Malaysia, berapa ramai sangat orang yang berani guna senjata mainan untuk merompak? Atau berani ke kita guna senjata mainan dan berdepan dengan Pak Guard yang pakai Pump Gun tu?...Kes rompak guna senjata betul lagi banyak dari senjata palsu dan aku pun tak paham kenapa negara-negara maju lain meng-halalkan sukan airsoft ni tetapi kita tidak...entah la...dari buat benda tak elok baik main paintball & airsoft kan...Ada gak menafaat...

Ok citer tentang aku pulak...

Apa yang buat aku ada pengalaman menembak ni mungkin sebab dedulu dok ngikut Pak Long aku memburu rusa, kijang, kancil dan beburung di hutan, so rasanya agak dah biasa memegang senapang nih, bagi aku marker paintball/ airsoft ni lebih kurang sama jer dengan senapang betul cuma peluru lain, recoil pun sememang nya lain.


HOPE SEMUA READERS ENJOY MEMBACA BLOG SAYA NI & JUGA SAYA HARAP SEMUA BOLEH FAHAM CARA-CARA BUKAK-MEMBUKAK TIPPMANN A5 / 98 YANG SAYA SEDIAKAN.


SAYA BELUM TUNJUK LAGI ILMU DIY REBORE MARKER LAGI KAN...POWER DAN SEDAP PERGINYA...HEHEHE

THANKS

totis Paintball Valley aka Black Cell



Friday, November 12, 2010

MALAYSIA AKAN BINA LAGI MEKO A-100



Meko A100 yang sedang dibina

(Diambil dari Military Of Malaysia)

1. Hari ini tiba-tiba datang mood saya untuk menulis, terutama selepas membaca laporan akhbar Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) mahu membina kapal perang tiga dimensi pada muka surat 5, Utusan Malaysia 4 Nov.

2. Sejak pameran aero angkasa dan maritim LIMA yang terbaru, saya sudah terhidu hasrat TLDM ini dan yakin ia akan menjadi kenyataan sebagai sebuah kapal perang buatan Malaysia jika kita kutip kata-kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa “Kita sudah menguasai sepenuhnya teknologi bagi membina sebuah kapal perang yang canggih”.

3. Kata-kata ini ada kebenarannya kerana Malaysia melalui PSC sudah membeli “blueprint” kapal perang Meko 100 dari German dan mendapat segala kepakaran dan perpindahan teknologi yang diperlukan dengan harga yang sangat mahal tetapi sangat berbaloi.

4. Untuk 6 buah kapal MEKO A-100 yang bakal di bina ini, saya difahamkan ia akan mempunyai sistem persenjataan yang serba canggih seperti sistem misil Exocet untuk tujuan anti perkapalan dan misil RAM untuk anti pesawat atau point defence.

5. Rekabentuk kapal yang baru ini akan mengalami sedikit perubahan berbanding 6 kapal MEKO A-100 yang sedang berkhidmat dengan TLDM sekarang ini iaitu KD Kedah, KD Pahang, KD Perak, KD Kelantan, KD Selangor dan KD Terengganu.

6. Untuk pengetahuan pembaca, kapal dari kelas MEKO A-100 sekarang ini ini tidak mempunyai serombong asap.

7. Gas panas dikeluarkan dari tepi badan kapal menggunakan satu corong khas dan haba yang terbentuk disejuk dengan menggunakan air yang dipam masuk.

8. Sistem ini akan menyebabkan sistem infra red peluru berpandu atau sistem pengesanan musuh sukar mencari dan memusnahkan kapal ini dan tambahan pula beberapa ciri rekabentuk “Stealth” dimasukkan sekali dalam rekabentuk kapal ini.

9. Untuk pembinaan 6 buah kapal MEKO A-100 kumpulan kedua kapal ini, sistem ini terpaksa direkabentuk semula kerana anak-anak kapal mengadu bahawa asap dari sistem pembakaran enjin yang dikeluarkan melalui tepi badan kapal ini telah memasuki kabin mereka dan menimbulkan keadaan yang sangat tidak selesa.

10.Seperkara lagi, Zahid ada memberitahu bahawa kapal ini akan dibina untuk peperangan tiga dimensi iaitu udara, permukaan dan bawah permukaan tetapi ada sumber yang menyebut bahawa 6 kapal yang akan dibina nanti akan dioptimunkan untuk peperangan anti kapal selam atau Anti Submarine Warfare (ASW).

11.Yang nyata, 6 kapal yang bakal dibina nanti tidak akan menggunakan konsep “fitted for but not with” atau dalam bahasa Melayunya, dibina untuk “dipasang senjata canggih tetapi senjatanya belum dipasang”.

12.Ia akan dilengkapi terus dengan teknologi senjata terkini dan saya amat yakin, senjata yang sama akan juga dipasang pada 6 kapal MEKO A-100 yang sudah siap sebelum ini.

13.Dahulu konsep “fitted for but not with” ini diadakan bukan kerana pemerintah tidak mempunyai wang untuk membeli senjata tetapi ia lebih kepada isu diplomatik kerana Malaysia tidak mahu dilihat sebagai memulakan perlumbaan senjata.

SKANDAL MEKO A-100

14.Sebelum anda baca para-para berikutnya, saya ingin mengingatkan bahawa ini adalah pandangan saya sahaja dan belum tentu ada kebenarannya kerana kesasihan maklumat di bawah belum tentu ada kebenarannya.

15.Kontraktor tempatan untuk 6 MEKO A-100 adalah PSC Naval Dockyard.

16.Syarikat ini mengalami masalah, krisis dan skandal sehingga gagal menyiapkan kapal-kapal yang telah dijanjikan kepada TLDM.

17.Ia merupakan syarikat bumiputera dan industri perkapalan tempatan dari pembuatan bot kecil sehinggalah yang besar kebanyakkannya dikuasai oleh bumiputera.

18.Jika anda mahu tahu apakah “Orang Tengah”, inilah contoh terbaik orang tengah yang mengambil komisyen berjuta-juta untuk projek pembelian persenjataan tentera Malaysia dan dalam isu MEKO A-100 ini, PSC Naval Dockyard adalah orang tengah.

19.Jika kita perhatikan, dahulu semasa KD Jebat dan KD Lekiu lewat disiapkan dihantar oleh BAE System dari United Kingdom, syarikat antarabangsa tersebut diambil tindakan oleh kerajaan Malaysia di mana BAE System terpaksa membayar sejumlah pampasan bernilai berjuta dollar kepada pelanggannya iaitu kerajaan Malaysia kepada setiap 1 hari yang lewat.

20.Dalam isu MEKO A-100, kerajaan Malaysia tidak dapat mengambil tindakan apa-apa kepada pembangun sistem MEKO A-100 yang asal iaitu syarikat GNG dari Jerman kerana perjanjian hanya melibatkan GNG dengan PSC. Bukan kerajaan Malaysia dengan GNG.

21.Apabila MEKO A-100 gagal disiapkan, tidak ada tindakan yang boleh diambil ke atas GNG sedangkan ia pengeluar asal MEKO A-100.

22.Kerajaan Malaysia juga tidak boleh meminta GNG menyiapkan kapal itu apabila PSC gagal membinanya.

23.Kerajaan Malaysia juga tidak dapat mengambil tindakan ke atas PSC kerana syarikat tersebut diambang muflis dan kalau tidak ada duit, apa yang hendak dibayar kepada kerajaan Malaysia.

24.Dalam hal ini, kerajaan menanggung kerugian yang amat besar disebabkan sikap tidak bertanggungjawab pengarah-pengarah syarikat bumiputra terbabit yang gagal memegang amanah yang diberikan kepadanya.

25.Ini juga bukan masalah kroni kerana di hanya PSC Naval Dockyard yang mempunyai limbungan pembuat kapal yang besar di Lumut.

26.Besarlah harapan saya jika kesilapan sedemikian tidak berlaku lagi dan kepada mereka yang gagal memikul amanah ini, mereka ini memikul tanggungjawab yang amat berat dan kesalahan kepada negara, bangsa dan agama.

MEKO A-100 SEBAGAI MOTOR PENGGERAK INDUSTRI KAPAL MALAYSIA

27.Kontrak 6 buah kapal asal yang sudah dibina mencecah RM5.6 bilion jika tidak silap saya dan harga ini termasuklah pembelian “bluprint” asal kapal itu dari German (macam beli hakcipta).

28.Harga ini samalah dengan nilai untuk membeli 18 pesawat Sukhoi atau 4 pesawat AWACS.

29.Kebanyakkan kita rakyat Malaysia terutama segelintir tokoh pembangkang macam dari DAP suka berlagak pandai dan melihat pembelian senjata dengan menggunakan pengalaman sendiri seperti seolah-olah pembelian sesuatu sistem pertahanan itu macam membeli kereta.

30.Satu lagi, kita suka sangat menggunakan maklumat dari internet dan membanding kontrak dari negara lain dengan Malaysia yang sebenarnya keperluan dari sebuah negara kepada sebuah negara yang lain sangat berbeza macam langit dengan bumi walaupun secara kasarnya ia kelihatan sama macam pembelian helikopter EC275 oleh Brazil dengan Malaysia (sila lihat artikel pasal EC275 saya yang lama).

31.Setiap projek pertahanan negara yang ditandatangani hari ini sebenarnya mempunyai kepentingan yang sangat strategik dan kesannya hanya boleh dilihat 20-30 tahun yang mendatang.

32.Sebagai contoh, Singapura sanggup menghabiskan berbilion dollar untuk membeli senjata dan mengimport teknologi pada awal 70an dan 80an dahulu, walaupun mendapat kritikan rakyat tetapi pada hari ini kritikan tersebut lenyap apabila Singapura berjaya membangunkan industri pertahanan dan mengeskport senjatanya kepada dunia luar.

33.Pelaburan yang sangat besar macam projek MEKO A-100 ini bukan murah kerana untuk mendapat ilmu membina kapal dan menintergrasikan segala sistem komunikasi, pertukaran data dan senjata untuk sebuah kapal perang bukan sesuatu yang mudah dan kapal friget KD Jebat dahulu pernah mengalami masalah ini semasa ia sedang disiapkan di United Kingdom.

34.Lagi pun industri pembinaan kapal di Malaysia merupakan satu usaha yang sudah bermula sejak ratusan tahun dahulu dan pengetahuan membuat kapal di kalangan syarikat-syarikat tempatan sudah pun matang dan ada syarikat bumiputera yang telah membina kapal untuk kegunaan Republik Islam Iran.

35.Industri perkapalan di Malaysia merupakan satu langkah jangka panjang yang sangat strategik kepada negara berbanding pembuatan pesawat tentera yang memerlukan kos tinggi, tenaga mahir dan pelbagai risiko yang perlu dihadapi negara.

36.Bukan sedikit syarikat pesawat tentera yang mengalami kerugian dalam industri ini.

37.Persaingan juga cukup hebat, bayangkan syarikat-syarikat pesawat tentera di Eropah hari ini terpaksa bergabung menjadi European Aeronautic Defence and Space Company N.V. (EADS)
kerana menerima saingan yang hebat dari syarikat-syarikat pembuat pesawat tentera dari Amerika Syarikat yang merupakan pembekal utama pesawat tentera di dunia.

38.Empat dari syarikat pembuat tentera terbesar di dunia pada hari ini berada di AS, BAE System (pengeluar pesawat Hawk) dari United Kingdom bagaimanapun berada dalam kedudukan nombor satu dunia.

39.Pilihan terbaik untuk Malaysia ialah untuk membangunkan industri perkapalan dan hasrat untuk melengkapkan TLDM dengan 27 kapal perang MEKO A-100 menjanjikan syarikat tempatan seperti Boustead Holdings Bhd untuk terus hidup dengan projek itu sehingga 20 tahun lagi.

40.Anak-anak tempatan akan terus mendapat pekerjaan dan pembinaan MEKO A-100 akan mengembangkan lagi keupayaan industri tempatan yang setakat ini sudah melibatkan 2,000 vendor yang terbabit dalam membekalkan pelbagai keperluan untuk projek itu seperti besi, pembekalan dapur, cat, sistem penghawa dingin, perabot dan pelbagai lagi.

41.Malaysia sebenarnya mempelajari kejayaan Korea dan Jepun. Negara kuasa besar seperti China juga belajar dari kejayaan industri perkapalan Korea dan Jepun dan kita lihat China sanggup membuat pelaburan yang gergasi nilainya dalam US dollar untuk membeli kapal pesawat induk yang tersadai dari Russia sebagai pelaburan jangka panjang untuk industri kapalnya.

42.Tidak mustahil projek “tidak masuk akal” China ini akan membuahkan hasil di mana republik itu akan mampu menjual kapal induk pesawat dengan harga yang murah berbanding apa yang dibuat oleh Eropah.

43.Negara pengeluar kapal induk pesawat helikopter dan jet pada hari ini adalah AS, British, Peranchis, Russia, Itali dan Korea.

44.Hanya Itali sahaja yang berjaya menjual pesawat induk kepada negara luar sedangkan negara lain membuat kapal induk untuk kegunaan sendiri.

45.Projek sehingga sebanyak 27 kapal perang MEKO A-100 boleh diibaratkan seperti “Mega Projek”, ia perlu ada kerana ia akan menggerakkan pelbagai industri dan ia akan menjadi katalis kepada perkembangan industri perkapalan samada komersil atau tentera di Malaysia dan Asia Tenggara.

46.Jika Malaysia membangunkan pesawat jet tempur pada masa sekarang, ia sukar mendapat peluang di pasaran dunia antarabangsa dan TUDM juga tidak memerlukan beratus-ratus pesawat tempur kerana kita bukan kuasa tentera yang besar.

47.Tambahan pula, kebanyakkan negara di dunia ini lebih selesa untuk kekal dengan pembekal pesawat tradisi masing-masing seperti UK, AS dan Russia.

48.Ini sangat berbeza dengan kapal perang kerana keperluan untuk friget, kapal peronda kecil dan pelbagai jenis kapal lain sentiasa ada.


Military Of Malaysia

No comments: