CERITA TENTERA, AIRSOFT, PAINTBALL & CERITA AKU

Woodsball lain dari Speedball (paintball padang), Speedball main kat padang berbantalkan tong dram dan bebelon angin, Woodsball pulak main di dalam hutan, berlawan dengan pacat, kala jengking, nyamuk & semut resaksa & main seperti perang betul-betul dan lebih mempunyai jalan cerita.

Contohnya, save the president, capture the flag, diffuse bomb dan kalau berminat nak lagi ganas dan sadis bleh main macam game Call Of Duty dan Counter Strike... perghhh layan...

Aku start main woodsball nih takde la lama sangat, sebelum ni aku main airsoft dari tahun 1990an sampai 2000, sekarang dah berenti main airsoft & bebarang semua dah jual sebab sukan airsoft ni diharamkan di Malaysia tapi aku tak nampak pun IMPACT buruk sukan airsoft ni kat Malaysia, berapa ramai sangat orang yang berani guna senjata mainan untuk merompak? Atau berani ke kita guna senjata mainan dan berdepan dengan Pak Guard yang pakai Pump Gun tu?...Kes rompak guna senjata betul lagi banyak dari senjata palsu dan aku pun tak paham kenapa negara-negara maju lain meng-halalkan sukan airsoft ni tetapi kita tidak...entah la...dari buat benda tak elok baik main paintball & airsoft kan...Ada gak menafaat...

Ok citer tentang aku pulak...

Apa yang buat aku ada pengalaman menembak ni mungkin sebab dedulu dok ngikut Pak Long memburu rusa, kijang, kancil dan beburung di hutan, so rasanya agak dah biasa memegang senapang nih, bagi aku marker paintball/ airsoft ni lebih kurang sama jer dengan senapang betul cuma peluru lain, recoil pun sememang nya lain.

Apa yang perlu difahami tentang marker dan 'successful kill' ialah cara perjalanan
peluru@pellets ke sasaran, kena ingat peluru@pellets paintball nih ada cecair di dalam nya jadi bila di tembak ia tidaklah setepat peluru yang solid, TRAJECTORY peluru@pellets mungkin ke kiri ke kanan atau ke atas dan bawah jadi jika kita tembak dari jarak jauh dan tersasar beberapa darjah ke kiri atau kanan dari sasaran cuba ubahkan sedikit muncung marker beberapa darjah dan begitulah seterusnya.

Sama jugak dengan airsoft cuma airsoft menggunakan peluru yang dipanggil BB's, iaitu manik bulat yang solid/keras, perjalanan bb's ke sasaran lagi accurate & jauh dari pellet paintball kerana bb's dibuat dari plastik yang solid.

Ok, jika korang boleh faham caranya/taktik ni insyaallah pasti akan ada 'kill' setiap kali main...Cuma kena berani lah sikit bila berdepan dengan musuh, jangan menyorok lama sangat belakang pokok tu ye...

Simple-simple jugak kalau main takde taktik kompom jadi lauk dalam hutan tu...hahaha

HOPE SEMUA READERS ENJOY MEMBACA BLOG SAYA NI & JUGA SAYA HARAP SEMUA BOLEH FAHAM CARA-CARA BUKAK-MEMBUKAK TIPPMANN A5 / 98 YANG SAYA SEDIAKAN.


THANKS

totis Paintball Valley aka Black Cell



JOM RERAMAI KITA G MAIN PAINTBALL HUTAN...

kitaorang tengah mencari geng nak main woodsball, sesapa aje newbies, season player, perempuan, lelaki, berlainan agama or apa-apa aje janji korang minat kat woodsball nih... email aku, jangan la segan...

Wednesday, November 24, 2010

20th ASEAN ARMIES RIFLE MEET (AARM) MALAYSIA


Indonesia Juara Keseluruhan AARM Malaysia 2010






AARM telah mula diadakan sejak dari awal tahun 90an lagi atas inisiatif Tentera Darat Malaysia (TDM). Walaupun acara ini adalah merupakan acara tahunan, namun selain warga TDM sendiri, amat sedikit sekali didedahkan kepada umum mengenai apakah dan bagaimana serta senario kejuaraan tersebut dilaksanakan.

Saya merasakan ia perlu ditonjolkan bagi memberi satu gambaran mengenai bagaimanakah interaksi hakiki antara anggota dan pegawai dari negara yang berbeza tetapi bernaung di bawah rumpun ASEAN sepanjang tempoh penganjuran kejuaraan ini.

Semangat setiakawan yang ditunjukan adalah amat tinggi walaupun di dalam keadaan persekitaran yang kompetetif antara anggota dan pegawai yang terlibat.



KUALA LUMPUR…Tentera Darat Malaysia ( TD ), sebagai benteng pertahanan negara dan salah satu badan keselamatan yang penting dalam menjaga keharmonian, kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran negara agar tidak di ceroboh oleh anasir-anasir luar mahupun dalam negara.

Dalam usaha tersebut Tentera Darat sentiasa menjalin kerjasama dan sentiasa berhubung rapat dengan negara-negara luar agar segala maklumat dapat dikumpul serta dikongsi dua belah pihak dalam menangani isu-isu ataupun perkara yang melibatkan keselamatan.

Asean Armies Riffle Meet ( AARM ) adalah salah satu cara pendekatan yang diambil oleh Tentera Darat khasnya serta negara asean amnya. Tentera Darat merupakan tuan rumah dalam acara AARM bermula 10 hingga 30 Oktober 2010 bertempat di Kem Terendak Melaka, ini merupakan kali keempat Malaysia menjadi tuan rumah.

Pada 10 Oktober 2010 bertempat di KLIA, pihak Tentera Darat seawal jam 9.00 pagi telah berurusan di kaunter keselamatan KLIA untuk proses menyambut deligasi negara asean antaranya Thailand, Vietnam, Myammar dan Filipina yang tiba untuk sama-sama melibatkan diri dalam acara yang akan dianjurkan sempena AARM oleh pihak TDM

0 comments: