CERITA TENTERA, AIRSOFT, PAINTBALL & CERITA AKU

Woodsball lain dari Speedball (paintball padang), Speedball main kat padang berbantalkan tong dram dan bebelon angin, Woodsball pulak main di dalam hutan, berlawan dengan pacat, kala jengking, nyamuk & semut resaksa & main seperti perang betul-betul dan lebih mempunyai jalan cerita.

Contohnya, save the president, capture the flag, diffuse bomb dan kalau berminat nak lagi ganas dan sadis bleh main macam game Call Of Duty dan Counter Strike... perghhh layan...

Aku start main woodsball nih takde la lama sangat, sebelum ni aku main airsoft dari tahun 1990an sampai 2000, sekarang dah berenti main airsoft & bebarang semua dah jual sebab sukan airsoft ni diharamkan di Malaysia tapi aku tak nampak pun IMPACT buruk sukan airsoft ni kat Malaysia, berapa ramai sangat orang yang berani guna senjata mainan untuk merompak? Atau berani ke kita guna senjata mainan dan berdepan dengan Pak Guard yang pakai Pump Gun tu?...Kes rompak guna senjata betul lagi banyak dari senjata palsu dan aku pun tak paham kenapa negara-negara maju lain meng-halalkan sukan airsoft ni tetapi kita tidak...entah la...dari buat benda tak elok baik main paintball & airsoft kan...Ada gak menafaat...

Ok citer tentang aku pulak...

Apa yang buat aku ada pengalaman menembak ni mungkin sebab dedulu dok ngikut Pak Long memburu rusa, kijang, kancil dan beburung di hutan, so rasanya agak dah biasa memegang senapang nih, bagi aku marker paintball/ airsoft ni lebih kurang sama jer dengan senapang betul cuma peluru lain, recoil pun sememang nya lain.

Apa yang perlu difahami tentang marker dan 'successful kill' ialah cara perjalanan
peluru@pellets ke sasaran, kena ingat peluru@pellets paintball nih ada cecair di dalam nya jadi bila di tembak ia tidaklah setepat peluru yang solid, TRAJECTORY peluru@pellets mungkin ke kiri ke kanan atau ke atas dan bawah jadi jika kita tembak dari jarak jauh dan tersasar beberapa darjah ke kiri atau kanan dari sasaran cuba ubahkan sedikit muncung marker beberapa darjah dan begitulah seterusnya.

Sama jugak dengan airsoft cuma airsoft menggunakan peluru yang dipanggil BB's, iaitu manik bulat yang solid/keras, perjalanan bb's ke sasaran lagi accurate & jauh dari pellet paintball kerana bb's dibuat dari plastik yang solid.

Ok, jika korang boleh faham caranya/taktik ni insyaallah pasti akan ada 'kill' setiap kali main...Cuma kena berani lah sikit bila berdepan dengan musuh, jangan menyorok lama sangat belakang pokok tu ye...

Simple-simple jugak kalau main takde taktik kompom jadi lauk dalam hutan tu...hahaha

HOPE SEMUA READERS ENJOY MEMBACA BLOG SAYA NI & JUGA SAYA HARAP SEMUA BOLEH FAHAM CARA-CARA BUKAK-MEMBUKAK TIPPMANN A5 / 98 YANG SAYA SEDIAKAN.


THANKS

totis Paintball Valley aka Black Cell



JOM RERAMAI KITA G MAIN PAINTBALL HUTAN...

kitaorang tengah mencari geng nak main woodsball, sesapa aje newbies, season player, perempuan, lelaki, berlainan agama or apa-apa aje janji korang minat kat woodsball nih... email aku, jangan la segan...

Thursday, November 18, 2010

AWAS sendiket dari Seberang aka Indon

Korang pasti pernah dapat mesej-mesej camni & biasanya korang delete kan...tapi kalau lah kena kat yang lurus bendul & dia g call & kasi nombor akaun bank...kesiannn...


From : +6285237282736
Date : 22/08/10
Time : 10.58 am

Simcard Anda B'jaya Menangi
RM 30,000.00
from COCA-COLA
No. siri : 225779
Sila call Office: 017-893-6809
Terima Kasih.



Ni aku baru dapat semalam

From : +6285237282736
Date : 16/11/10
Time : 10.58 PM

Tlong bagi credit mexis 30RM ke nombor baru ayah 017-8947338
Ayah lgi ada masalah kat balai Police. ta payah cal sekejap ayah call.




Cakap bahasa Malaysia pun tak pass nak menipu orang...Nampaknya dia dah guna taktik lain dah...Aku dah call nombor 017 yang dia bagi, tak dapat pun...dah kena potong...aku sms balik ke nombor Indonesia yg panjang2 tu...aku maki hamun semua siap...takpe rugi sket janji puas...

1 comments:

Norliza Ghaffar said...

Bro pun dapat ke?bagaimana dia dapat no hp tu?saya juga kena hari 26/11/2010 pukul 10:50PM.