Daripada 300 sukarelawan yang mengambil bahagian, hanya 15 orang sahaja yang terpilih untuk menjalani latihan asas Komando selama 6 minggu. Pada akhir latihan, hanya 4 Pegawai dan 9 anggota dari lain-lain pangkat berjaya dalam latihan ini dan juga merupakan trup nukleus yang pertama. Mereka adalah :
- Leftenan Kolonel Shahrul Nizam Bin Ismail (Jeneral Bersara)
- Mejar Abu Hassan bin Abdullah (Kolonel Bersara)
- Leftenan Mohd Ramli bin Ismail (Mejar Jeneral Bersara)
- Leftenan Dua Ghazali bin Ibrahim (Mejar Jeneral Bersara)
- Leftenan Dua Hussin bin Awang Senik (Kolonel Bersara)
- 6842 Sarjan Ariffin bin Mohamad
- 300152 Sarjan Anuar bin Talib
- 4861 Sarjan Zakaria bin Adas
- 201128 Sarjan Yahya bin Darus
- 202072 Koperal Silva Dorai
- 203712 Koperal Moo Kee Fah
- 13852 Lans Koperal Johari bin Haji Morhd Siraj
- 10622 Lans Koperal Sabri bin Ahmad
Kejayaan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga berkebolehan untuk mengambil apa jua peranan dan tugas yang diberikan. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada jurulatih khas dari Rejimen ke-40 Royal Marines Commando British, Grup Gerak Khas mula melebarkan sayap pada tahun yang sama, mereka berjaya mengatasi 6 latihan asas komando.
Mejar Abu Hassan bin Abdullah merupakan Pegawai Komand Pertama bagi Grup Gerak Khas (GGK), dan Sarjan Ariffin menjadi Mejar Skuadron yang pertama. Pada akhir 1965, kekuatan GGK adalah sebanyak 70%. Bagi memastikan pembangunan yang seiring dengan pasukan elit, pegawai dari pelbagai pangkat dihantar keluar negara untuk menjalani kursus-kursus khas seperti penyusupan lintas udara, penerjunan bebas, operasi-operasi khas, renjer, teknik amfibia dan sebagainya.
GGK juga mengadakan latihan bersama dengan pasukan elit dari negara lain seperti KOPASSUS TNI-AD dari Indonesia, Special Air Service (Australia, Britain), Special Service Group (Pakistan), US Delta Force dan Green Beret (Amerika Syarikat). KOPASSUS yang merupakan pasukan elit Indonesia yang paling kerap mengadakan latihan silang bersama dengan GGK ini kerana bagi menjaga nama baik kedua-dua negara serumpun selepas konfrantasi tersebut, pasukan ini mengadakan hubungan persahabatan dengan unit elit ini. GGK telah mengadakan operasi di Timur Malaysia dan semasa insiden 13 Mei 1969. Selepas Konfrontasi 1967, terdapat perbincangan sama ada untuk menyambung atau mengekalkan unit khas ini. Ini kerana terdapat implikasi kewangan dari unit GGK di mana ia bersamaan dengan keperluan dua Batalion Infantri. Oleh kerana isu tersebut, GGK telah dipindahkan ke Kem Segenting, Port Dickson pada 1968.
Insiden 13 Mei telah membuktikan bahawa GGK merupakan aset yang berharga buat kerajaan dan patut dikekalkan dan dikembangkan kepada regimen. Apabila elemen dan unit baru diserap ke dalam GGK, mereka telah dipindahkan ke Kem Sungai Udang, Melaka dan pada 1 Ogos 1970, Regimen Gerak Khas pertama telah dibentuk. Walaupun GGK telah mendapat kredit pada 1971 tetapi keanggotaannya masih menjadi milik kor masing-masing. Situasi ini menyebabkan masalah bagi merancang kerjaya anggotanya. Untuk mengatasi masalah ini, sukarelawan yang di buang dari senarai untuk menyertai Regimen Khas. Pada 1973, kor telah ditugaskan kepada 6 pegawai.
Perkembanga
Kem Sungai Udang telah diberi gelaran sebagai "Markas Komando". Ia telah berjaya menarik minat ramai sukarelawan dari regimen lain. Leftenan Kolonel Borhan bin Ahmad merupakan pegawai yang bertanggung jawab mencari jalan untuk mengembangkan GGK. Banyak aktiviti termasuk sukan dan aktiviti ketenteraan lain telah di susun untuk memastikan GGK terlibat. Program bersama dipimpin oleh negara lain seperti British, New Zealand, Australia dan juga Amerika Syarikat untuk mengembangkan pengetahuan dan mendapat pengalaman baru dalam aspek khusus dalam operasi khas.
Dalam rancangan malaysia Ke-3 dan penambahan pasukan bersenjata, Pusat Latihan Perang Khas (PULPAK) telah dibina pada 1 Ogos 1976. Fungsi utama adalah untuk memastikan keperluan latihan untuk pasukan khas dipenuhi. Selepas itu, Regimen kedua GGK telah dibentuk. Kesemua tiga unit menjadikan Kem Sungai Udang, Melaka sebagai tapak. Pada 1979, Pusat Latihan telah siap sepenuhnya dan Kolonel Borhan bin Ahmad menjadi Komandan bagi pusat latihan khas ini.
Persenjataan
Grup Gerak Khas dibekalkan dengan kelengkapan dan teknologi bagi semua unit elit Malaysia. Kelengkapan GGK bukan sahaja terdiri daripada sistem persenjataan biasa, tetapi turut dibekalkan dengan beberapa model baru.
Insignia
- Motto Rejimen
- Cepat Dan Cergas
- Lambang Rejimen
- Digelar sebagai "Harimau Berjuang", wajah harimau mengaum dan pisau komando. Warna hijau melambangkan status Rejimen Komando dan melambangkan warna hijau juga sebagai warna suci agama Islam. Warna Biru melambangkan hubungan erat antara Rejimen Gerak Khas dengan 40th Royal Marines Commando British. Harimau melambangkan keberanian, dan ketangkasan. Pisau Komando merupakan pertanda status anggota resimen – hanya anggota komando sahaja yang layak menyandang pisau komando.
- Beret Hijau
- Anggota Rejimen Gerak Khas menggunakan Beret Hijau, merupakan simbol am diantara komuniti pasukan komando di seluruh dunia. Lambang "harimau berjuang" diletakkan pada beret hijau.
- Lanyard Biru
- Anggota Rejimen Gerak Khas juga menggunakan lanyard berwarna biru, sebagai tanda penghargaan dari 40th Royal Marines Commando British. Anggota dari 40th Royal Marines dan Gerak Khas menggunakan lanyard biru tradisional.
- Rejimen Gerak Khas
Mengadakan Skuadron mencari, melapor dan menghancur musuh dengan penyusupan jarak jauh dan di samping itu bekerja rapat dengan pasukan gerila. Melaksanakan operasi ofensif secara bebas yang memerlukan kepakaran melalui laut, darat dan udara di dalam kawasan yanng dikuasai oleh musuh dan juga mendapatkan maklumat.
Latihan
Tentera Darat membuat pengambilan latihan Kursus Asas Komando 3(tiga) kali setahun, siri AK/1, AK/2 dan AK/3.Kursus ini mengambil masa selama 12 minggu, terbahagi kepada 5 fasa.Syarat untuk menyertai kursus ini seseorang itu haruslah berkhidmat dalam Tentera Darat terlebih dahulu sekurang-kurangnya setahun dan mempunyai rekod yang cemerlang. Pendek kata kursus ini hanya untuk anggota Tentera Darat bukan orang awam. Kursus ini juga merupakan kemuncak kepada kemampuan seorang anggota Tentera Darat. Biasanya,50 peratus anggota akan berjaya mengharungi kursus ini sehigga tamat. Contohnya kursus siri AK/3/2006. 180 anggota diterima menyertai kursus ini setelah lulus orientasi selama 30 hari di Markas 21 GGK. Akhirnya 90 anggota berjaya menamatkan kelima-lima fasa dengan jayanya pada 24 Februari 2007, bermula pada 2 Disember 2006.
Sebelum menyertai Kursus Asas Komando Gerup Gerak Khas 12 minggu, pelatih wajib terlebih dahulu mengikuti orientasi selama 30 hari bagi menilai apakah mereka layak menyertai kursus tersebut. Oleh itu mereka akan diuji sekeras-kerasnya.
FASA 1: KEM (5 minggu)
Setelah berjaya diorientasi barulah mereka boleh menyertai kursus. Objektif peringkat permulaan ini untuk menguji ketahanan mental dan fizikal anggota. Antara latihannya seperti abseiling, senjata, bahan letupan, perubatan dan sebagainya. Pada permulaan peringkat ini, pelatih akan berlari sejauh 76 km, seterusnya 76 km lagi pada waktu malam. Pertengahan pula jalan lasak 25 km. Di akhir peringkat ini pelatih harus keluar dari Kem Sg. Udang memandu arah sejauh 138 km tanpa henti.
FASA 2: HUTAN (2 minggu)
Latihan di peringkat ini seperti ikhtiar hidup, peperangan hutan dan sebagainya. Pelatih juga dilatih memandu arah sejauh 90km. Di akhir peringkat ini mereka juga akan berjalan sejauh 160 km dalam masa 3 hari. Biasanya, aktiviti inilah yang paling ramai pelatih gagal kerana menyerah dan tidak mampu bertahan lagi berjalan sejauh itu.
FASA 3: PAYA (1 minggu)
Walaupun hanya seminggu dan tiada apa-apa aktiviti fizikal di peringkat ini, tetapi mereka terpaksa bertahan untuk terus hidup dengan hanya berbekalkan seluar dalam, sebilah parang, beberapa batang mancis dan tiada langsung bekalan makanan diberi. Latihan lain ialah ikhtiar hidup, peperangan di paya dan sebagainya.
FASA 4: LAUT (2 minggu)
Latihan di peringkat ini seperti serangan pantas, menyelam di dasar laut, sabotaj dan sebagainya. Pelatih juga dikehendaki berdayung dengan kanu todak sejauh 20 km. Selain itu pandu arah laut 10 km dengan kanu yang sama. Setiap anggota komando WAJIB mahir dan pakar dalam tiga dimensi peperangan iaitu laut, darat dan udara.
FASA 5: LATIHAN PENAMAT (2 minggu)
Sekarang tibalah masa untuk pelatih mengaplikasikan segala apa yang telah dipelajari dan diharungi pada peringkat sebelumnya. Peringkat inilah merupakan ujian sebenar pelatih. Permulaan ujian mereka terpaksa berdayung sejauh 100 km menuju ke kawasan operasi. Tiba di sana,mereka perlu mencari dan mengenalpasti lokasi kawasan musuh, mengatur gerak dan seterusnya melancarkan serangan ke kawasan itu. Setelah serangan berjaya dilaksanakan dan objektif tercapai, mereka terpaksa pula melarikan diri dari musuh yang cuba memusnahkan mereka. Dalam pelarian ini, mereka juga perlu mengelak dari ditangkap. Inilah yang dinamakan Escape & Evasion. Jikalau ditangkap, mereka akan diseksa sebenar-benarnya. Jarak pelarian ini sejauh 240 km!!!Untuk mengelak dari ditangkap, mereka tidak boleh leka atau tidur sepanjang E&E itu. Masa yang diambil kira-kira 5 hari untuk menamatkan jarak sejauh itu. Bayangkalah keperitan yang mereka alami. Maka layaklah mereka digelar KOMANDO, iaitu manusia yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang amat tinggi
Segala ujian yang mereka harungi ini tak mungkin mampu dilakukan oleh manusia biasa. Saya sendiri bagaikan tak percaya apa yang mereka buat. Jumlah keseluruhan perjalan mereka sejauh lebih 900 km.
Mereka akan diberi rehat seminggu selepas itu sebelum hari penganugerahan beret. Anggota yang berjaya akan membuat satu demonstrasi serangan pantai keatas kubu musuh yang berada hampir dengan gigi air kepada tetamu kehormat.
Penganugerahan
Mulanya anggota itu akan melutut dihadapan penganugerah. Topi celoreng yang dipakai akan dibuang manakala beret hijau akan disarungkan. Kemudian anggota akan mendepakan tangan kanannya sambil menggenggam untuk penganugerah mengikat lanyard biru. Akhir sekali anggota perlu berdiri semula untuk penganugerah menyarungkan pisau Fairbairn & Sykes yang sarungnya telah berada tersedia di dada kiri. Penganugerahan ini diberi terlebih dahulu kepada pegawai.
Diploma juga turut diberikan kepada anggota-anggota itu.