CERITA TENTERA, AIRSOFT, PAINTBALL & CERITA AKU

Woodsball lain dari Speedball (paintball padang), Speedball main kat padang berbantalkan tong dram dan bebelon angin, Woodsball pulak main di dalam hutan, berlawan dengan pacat, kala jengking, nyamuk & semut resaksa & main seperti perang betul-betul dan lebih mempunyai jalan cerita.

Contohnya, save the president, capture the flag, diffuse bomb dan kalau berminat nak lagi ganas dan sadis bleh main macam game Call Of Duty dan Counter Strike... perghhh layan...

Aku start main woodsball nih takde la lama sangat, sebelum ni aku main airsoft dari tahun 1990an, sekarang dah berenti main airsoft & bebarang semua dah jual sebab sukan airsoft ni diharamkan di Malaysia tapi aku tak nampak pun IMPACT buruk sukan airsoft ni kat Malaysia, berapa ramai sangat orang yang berani guna senjata mainan untuk merompak? Atau berani ke kita guna senjata mainan dan berdepan dengan Pak Guard yang pakai Pump Gun tu?...Kes rompak guna senjata betul lagi banyak dari senjata palsu dan aku pun tak paham kenapa negara-negara maju lain meng-halalkan sukan airsoft ni tetapi kita tidak...entah la...dari buat benda tak elok baik main paintball & airsoft kan...Ada gak menafaat...

Ok citer tentang aku pulak...

Apa yang buat aku ada pengalaman menembak ni mungkin sebab dedulu dok ngikut Pak Long aku memburu rusa, kijang, kancil dan beburung di hutan, so rasanya agak dah biasa memegang senapang nih, bagi aku marker paintball/ airsoft ni lebih kurang sama jer dengan senapang betul cuma peluru lain, recoil pun sememang nya lain.


HOPE SEMUA READERS ENJOY MEMBACA BLOG SAYA NI & JUGA SAYA HARAP SEMUA BOLEH FAHAM CARA-CARA BUKAK-MEMBUKAK TIPPMANN A5 / 98 YANG SAYA SEDIAKAN.


SAYA BELUM TUNJUK LAGI ILMU DIY REBORE MARKER LAGI KAN...POWER DAN SEDAP PERGINYA...HEHEHE

THANKS

totis Paintball Valley aka Black Cell



Thursday, April 7, 2011

RAHSIA NEGARA : KOMANDO GERAK KHAS BERSIAP GEMPUR PENGGANAS SERB DI BOSNIA

NOTA PENULIS : Nampaknya banyak negara Islam di Timur Tengah sedang bergejolak dengan adanya kebangkitan rakyat.

Kalau kita perhatikan kebanyakkan negara ini adalah merupakan negara Islam atau Opec atau pengeluar minyak utama seperti Mesir, Libya dan Bahrain, kebangkitan rakyat yang serupa pernah berlaku di Iran tetapi gagal. Semua di belakang kerja “Keras tangan” ini adalah Amerika Syarikat (AS) dan revolusi rakyat ini sebenarnya sudah lama berlaku malah sejak dari zaman Revolusi Peranchis lagi (tangan-tangan yang tidak nampak, anda faham maksud saya) supaya penyusupan kuasa-kuasa tidak nampak untuk mengambil alih sesebuah negara yang kononnya berpaksikan rakyat lebih mudah.

Saya tidak percaya sama sekali dengan kuasa rakyat (kecuali melalui pilihanraya), saya rasa cukuplah setakat ini saya
berceloteh dan saya tidak berminat untuk menghuraikan masalah krisis di Timur Tengah kecuali satu, melalui masalah ini, AS akan berjaya menguatkan nilai dollar dan ekonominya selepas teruk di belasah oleh China melalui krisis di Korea tempohari, itu adalah mainan China, akhirnya tidak berlaku perang pun, kesemuanya di buat untuk ekonomi negara masing-masing – semua RETORIK sahaja (den dah tahu lama, tapi tak sempat nak buat analisis pasal sibuk sangat, last-last tak jadi perang)

Kita sebagai orang Melayu Islam yang menjadi benteng terakhir, tolonglah berhati-hati, janganlah sampai konspirasi “tangan-tangan yang tidak nampak” ini berjaya mengoyangkan agama kita, bangsa dan negara kita, bangsa Arab ini mudah sangat mereka permainkan kerana psikologi orang Arab ini sudah mereka kaji tetapi bab orang Melayu ini, payah sikit (ini hanyalah pendapat saya sebagai penulis kecil bersaiz nyamuk aedes, tidak payah difikirkan sangat)

1. Saya sentiasa berharap supaya pemimpin saya (baik dalam pembangkang mahu pun kerajaan), bangsa dan negara ini dipelihara dengan baik dan dirahmati Allah dan Alhamdulillah, berkat doa orang-orang yang makrifat, negara ini masih terpelihara.

2. Kalau berlaku satu kecelakaan, ianya adalah peringatan dari Allah kerana sikap kita yang mengalakkan permusuhan dan perpecahan di antara kita dan sikap sesetengah dari kita yang tidak bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Tuhan dapat duduk dalam negara yang aman.

3. Baiklah tujuan saya menulis kali ini adalah untuk membuka satu kisah yang tidak pernah anda tahu kerana ia terjadi semasa satu peperangan yang berlaku di Eropah.

4. Saya tulis ini pun disebabkan permintaan khas pembaca saya iaitu pang5kundur@yahoo.com yang membuat komen pada 20 Feb lepas pada artikel Misi Sulit GGK di Bosnia, komennya berbunyi begini :

(komen di bawah ini telah diedit dan diperelokkan untuk memudahkan bacaan, lain kali Paglima Kundur janganlah pakai bahasa SMS, payah orang nak faham)

SALAM,

Ini tidak, komunis juga yang dicari dan dianggap sebagai bunga bangsa.. Kalau tengokj youtube berkenaan kampung muhibbah di selatan thai tu, wah depa siap buat bisnes lagi dan menunjukkan taktik-taktik dan kubu-kubu mereka semasa tempoh berkonflik dgn ATM dan tentu sahaja infonya berpihak kepada mereka. Buat permulaan buatlah berkenaan di Somalia dulu, tegak bulu roma saya membaca perihal Jeneral Aboo Samah dan anak buahnya memasuki kawasan Farah Aidit.. dan perihal komando GGk kita yang terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir.


Memang kita faham tentang adanya sedikit sekatan maklumat untuk memelihara rahsia negara tapi pasti ada maklumat
yang boleh dikongsi dan tidak tertakluk di bawah OSA kan.. dan disebabkan oleh OSA jugalah ramai yang tidak tahu Tun
Mahathir pernah mengadakan dialog rahsia dan menghantar komando kita untuk diseludup ke Bosnia dan antara kesannya ialah Tun Mahathir sampai sekarang dicop sebagai tidak Islamik dan lain-lain label yang kalau saya kena pasti saya melenting.


Tetapi Tun Mahathir tetap menjaga rahsia dan penglibatannya dalam krisis di Bosnia, dia tetap cool dan dia memang
hebat dan semua wira negara yang dok buat “covert ops” ini hebat. Aku salute korang semua.. salam.

-kundur-

8. Terima kasih Tuan Panglima Kundur. Sebenarnya banyak permintaan untuk saya buat macam-macam artikel tetapi komen ini telah menyentuh misi sulit (sulit pada waktu itulah) komando kita di Bosnia, inilah komen yang menyebabkan saya berhasrat untuk menceritakan satu kisah benar yang tidak pernah rakyat Malaysia dan para patriot macam kita ini tahu.

9. Saya sebenarnya memang bimbang pada ISA atau OSA tetapi ada beberapa perkara sulit yang saya tidak akan
dedahkan dalam blog saya. Yang saya cerita hanyalah perkara-perkara luaran sahaja dan bukan kepada hal-hal terperinci.

10.Maaf kerana artikel kali ini ditulis dengan ringkas tanpa fakta-fakta sokongan yang kukuh kerana saya tidak beberapa ingat cerita sebenar dan saya sudah letih untuk membuat kajian termasuk mengemukakan bukti-bukti mengenai kejadian ini.

11.Sebenarnya ada satu keratan berita dari luar negara yang saya boleh jadikan bukti tetapi saya gagal menjumpainya…keratan berita itu mendedahkan “PASUKAN ELIT KHAS DARI SEBUAH NEGARA LUAR TELAH BERADA DI TURKI UNTUK MEMASUKI BOSNIA HERZEGOVINA”, ia ditulis oleh sebuah agensi berita asing tetapi judul yang tepat tidak saya ketahui.

12. Dan pasukan elit yang dimaksudkan itu, tidak lain dan tidak bukan ialah komando GGK dari Malaysia.

13.Maklumat ini disampaikan oleh seorang bekas penempak tepat dalam pasukan GGK kepada saya beberapa tahun yang lepas semasa saya sedang bersantai-santai menghisap rokok dan tiba-tiba terpancul pula hasrat untuk bertanyakan kepada beliau mengenai misinya ke Bosnia dahulu.

14.Anda kenal mantan Tun Seri Dr Mahathir Mohamad, sesetengah orang yang menuduh pemimpin kita ini sekular, anti Islam dan menolak hudud tetapi lelaki ini mahu mengubah sejarah Eropah.

15.Jika difikirkan secara logik, bolehke bangsa Melayu mengubah sejarah Eropah? Logik ke? Persoalan ini sebenarnya sudah lama terjawab, memang orang Melayu boleh dan mampu, sejarah zaman dahulu kala sudah membuktikannya.

16.Semasa itu berlaku peperangan etnik di Bosnia Herzegovina, ribuan rakyat termasuk wanita dan kanak-kanak habis mati disembelih oleh pengganas Serbia.

17.Mahathir yang ketika itu merupakan Perdana Menteri Malaysia sudah masak dengan taktik kuasa-kuasa barat terutama layanan kelas kedua mereka kepada umat Islam, Mahathir kemudian meminta Angkatan Tentera Malaysia bersiap sedia untuk menghantar komando GGK.

18.Saya tidak pasti jika kesemua yang dihantar itu merupakan anggota GGK atau bercampur dengan unit-unit lain tetapi jumlahnya mencapai 600 orang.

19. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” lebih kurang begitulah dialog Tun yang disampaikan oleh bekas penembak tepat ini kepada saya.

20.Mereka ini dihantar secara gelap, kalau meninggal dalam pertempuran di Bosnia, memang tidak ada balutan bendera Malaysia pada keranda mereka tetapi kerajaan Melayu yang memerintah negara ini telah berjanji untuk menjaga isteri dan anak-anak mereka, kalau yang bujang itu saya tidak pasti.

21.Maka mereka pun dihantar, kesian, wang yang dibawa pun tidak mencukupi, ialah hendak berperang bukan melancong.

22.Mereka dihantar dengan pesawat awam (MAS) dan kesemua mereka berkhemah di dalam pengkalan tentera Turki di sempadan negara itu dengan kebenaran kerajaan Turki.

23.Bukan apa, cuaca Turki pun sejuk macam Bosnia, jadi, mudahlah komando kita menyesuaikan diri dengan cuaca Eropah.

24.Kerajaan Turki pada masa itu hanya memejam mata dalam membenarkan komando Malaysia ini berada di bumi mereka, pada hal, kalau “terkantoi”, ini akan menyebabkan pelbagai masalah politik antarabangsa kepada Turki dan Malaysia.

25.Ada juga laporan yang menyatakan komando-komando Malaysia dimasukkan ke dalam unit tentera Bosnia melalui Unprofor sendiri, komando-komando ini bagaimanapun dilabelkan sebagai “LARI DARI UNIT TENTERA”, ya komando Malaysia yang melarikan diri dari unit masing-masing sebagai “camoflage” untuk menjalankan operasi ketenteraan terhadap Serb.

26.Sebenarnya Turki dan Malaysia ini tersangat-sangatlah “kamceng” walaupun tidak diheboh-hebohkan seperti “akrabnya” Malaysia dengan Indonesia.

27.Jadi ini menjelaskan mengapa Malaysia sering sahaja menyendeng bahu ke Turki untuk mendapatkan bekalan kereta perisainya mulai dari Adnan sehinggalah kepada kereta perisai terbaru dan pelbagai senjata lain.

28.Penyeludupan komando GGK ke dalam Bosnia ini akhirnya ditarik barik oleh kerajaan ketika itu selepas sebuah agensi berita Eropah berjaya mengesan kehadiran tentera elit ini di sempadan Turki.

29.Selepas dipujuk oleh wakil sebuah negara yang sangat berpengaruh di Timur Tengah, akhirnya Mahathir menarik balik pasukan komando ini balik ke Malaysia tetapi bakinya di hantar sebagai tentera rasmi dalam unit UNPROFOR.

30.Malaysia juga tersangat “kamceng” dengan kerajaan Brunei malahan Sultan Brunei yang berkonspirasi dengan Tun Mahathir, menyediakan jumlah dana yang sangat besat berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia.

31.Bekalan dan keperluan senjata yang dihantar kepada askar Bosnia juga dibuat oleh syarikat perkapalan Malaysia dan juga melalui askar-askar Malaysia yang berkhidmat dengan UNPROFOR ketika itu, sebagai jalan belakang untuk membocori dasar embargo yang dikenakan ke atas penduduk Bosnia oleh negara-negara barat yang sememangnya bersikap talam dua muka terhadap orang Islam.

32.Perkara ini didedahkan dalam kertas kerja yang berjudul “Intelligence and the war in Bosnia 1992 – 1995: The role of the intelligence and security services” yang disediakan oleh sebuah institut di Belanda.

33.Bukan itu sahaja malah terdapat laporan pegawai-pegawai tentera Bosnia dilatih di Malaysia, Iran dan pelbagai negara lain.

34.Kelengkapan perang askar Bosnia dihantar oleh Saudi Arabia, Kuwait, Brunei dan Malaysia

35.Tentera Malaysia dan Turki berterusan menghantar peralatan perang mereka kepada tentera Bosnia bernilai lebih kurang US2.5 bilion walaupun Bosnia ketika itu dikenakan embargo oleh kuasa besar.

36.Pemerhati barat mendakwa, kerajaan Malaysia melalui agensi risikannya berjaya mematahkan embargo Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu melalui laluan dari pihak ketika iaitu Third World Relief Agency yang hari ini dikaitkan dengan Osama Laden.

BERIKUT MERUPAKAN CATATAN KAJIAN RISIKAN MENGENAI PENGLIBATAN PEJUANG ISLAM DI BOSNIA

37.A number of countries are candidates for having supplied directly to Bosnia. Pakistan delivered equipment, as did the Sultan of Brunei, who paid for anti-tank missiles from Malaysia. In January 1993 already, a Pakistani vessel with ten containers of arms, which were destined for the ABiH, was intercepted in the Adriatic Sea.[9] Pakistan definitely defied the United Nations ban on supply of arms to the Bosnian Muslims and sophisticated anti-tank guided missiles were air lifted by the Pakistani intelligence agency, ISI, to help Bosnians fight the Serbs, an ex-ISI Chief has officially admitted in a written petition submitted before a court in Lahore. The document was submitted by Lt. General (Retd) Javed Nasir, who was head of the ISI from March 1992 to May 1993, in a case he filed against the owner and editors of the largest newspaper and TV group of Pakistan, in an anti Terrorism Court.[10] It remains unclear how the missiles were transported to Bosnia and who did it.

LAGI CATATAN : BEGINILAH SAYA TIDAK MEMAKSA ANDA PERCAYA CERITA INI, TETAPI ANDA SEMUA TAHU BLOG CHEDET (BLOG MAHATHIR), HANG PA PI LAH TANYA DIAAAA SENDIRI.


Military Of Malaysia

No comments: