CERITA TENTERA, AIRSOFT, PAINTBALL & CERITA AKU

Woodsball lain dari Speedball (paintball padang), Speedball main kat padang berbantalkan tong dram dan bebelon angin, Woodsball pulak main di dalam hutan, berlawan dengan pacat, kala jengking, nyamuk & semut resaksa & main seperti perang betul-betul dan lebih mempunyai jalan cerita.

Contohnya, save the president, capture the flag, diffuse bomb dan kalau berminat nak lagi ganas dan sadis bleh main macam game Call Of Duty dan Counter Strike... perghhh layan...

Aku start main woodsball nih takde la lama sangat, sebelum ni aku main airsoft dari tahun 1990an, sekarang dah berenti main airsoft & bebarang semua dah jual sebab sukan airsoft ni diharamkan di Malaysia tapi aku tak nampak pun IMPACT buruk sukan airsoft ni kat Malaysia, berapa ramai sangat orang yang berani guna senjata mainan untuk merompak? Atau berani ke kita guna senjata mainan dan berdepan dengan Pak Guard yang pakai Pump Gun tu?...Kes rompak guna senjata betul lagi banyak dari senjata palsu dan aku pun tak paham kenapa negara-negara maju lain meng-halalkan sukan airsoft ni tetapi kita tidak...entah la...dari buat benda tak elok baik main paintball & airsoft kan...Ada gak menafaat...

Ok citer tentang aku pulak...

Apa yang buat aku ada pengalaman menembak ni mungkin sebab dedulu dok ngikut Pak Long aku memburu rusa, kijang, kancil dan beburung di hutan, so rasanya agak dah biasa memegang senapang nih, bagi aku marker paintball/ airsoft ni lebih kurang sama jer dengan senapang betul cuma peluru lain, recoil pun sememang nya lain.


HOPE SEMUA READERS ENJOY MEMBACA BLOG SAYA NI & JUGA SAYA HARAP SEMUA BOLEH FAHAM CARA-CARA BUKAK-MEMBUKAK TIPPMANN A5 / 98 YANG SAYA SEDIAKAN.


SAYA BELUM TUNJUK LAGI ILMU DIY REBORE MARKER LAGI KAN...POWER DAN SEDAP PERGINYA...HEHEHE

THANKS

totis Paintball Valley aka Black Cell



Wednesday, February 22, 2012

Cara nak buka & pasang TIPPMANN A5

TIPPMANN A5 / A5 e-Grip


TIPPMANN A5 basic / A5 e-grip


Original Heckler & Koch MP5k & it's accessories (senapang betui ni weh!)

Marker semi-automatik kuasa angin daripada TIPPMANN, dibuat pada tahun 2002 di USA, yang bagusnya dia ada CYCLONE FEED SYSTEM yang buat marker nih ada advantage high rate of fire tanpa perlu menambah aftermarket aksesori. A5 jugak terkenal dengan ketahanan, mampu milik, low mainteinance dan yang penting customizeable.

A5 ada 3 jenis, silver nickel, matte black & camo. Design dia lebih kurang serupa dengan Heckler & Koch MP5K dan A5 nih memang popular di kalangan peminat senario Military Simulation.

so mari kita ke acara dismantle pulak...


Buka RECEIVER BOLT dekat receiver tuh, kalau tak bukak TANK ADAPTER tuh memang tak leh di cabut, kemudian...


Haa...dah cabut pun, RECEIVER BOLT tu korang pasang balik la, karang terbukak pulak RECEIVER tuh & jatuh spring-spring dalam tuh haha, kemudian...


Cabut ButtStock nye RECEIVER PIN, ketat sket sbb dia ada spring yang pegang, kalau nak senang tolak jer pin tu dari belakang marker, kemudian...


Bila dah cabut kedua-dua RECEIVER PIN tuh, tarik perlahan-lahan ENDCAP (original A5 takde buttstock macam dalam gambar tuh, yang tu aku tambah accessories) dan korang akan nampak DRIVE SPRING keluar, tarik keluar DRIVE SPRING tuh, kemudian...


Setelah keluarkan ENDCAP & DRIVE SPRING, korang bukak RECEIVER PIN belah depan trigger (dibulatkan) dan tarik turun RECEIVER perlahan-lahan, jangan takut takkan ada spring yang akan terbang, kemudian...


Sekarang bukak skru FRONT GRIP pulak, kena guna allen key panjang sket sbb allen key biasa tak leh sampai sebab pendek. Kalau ketat, gunakan playar untuk pusingkan allen key tu...


Haa...kalau tak paham FRONT GRIP tu hapa, sekarang dah leh nampak, kemudian...


Kalau dah cabut FRONT GRIP, korang akan nampak FRONT GRIP NUT, kemudian...


Cabut RECEIVER PIN yang berada di tepi gas line, kemudian...


Buka FEEDER HOUSING BOLT, skru nih yang memegang CYCLONE HOOPER / FEEDER HOUSING, kemudian...


Cabut lah FEEDER HOUSING tu dari badan marker, kena jaga-jaga sikit sebab 2 pin pada badan marker yang memegang FEEDER HOUSING tu boleh patah jika ada beban yang terlampau kuat, kemudian...


Buka CYLINDER HOSE yang tersangkut pada hujung FEEDER HOUSING, tarik perlahan-lahan sebab CYLINDER HOSE nih getah dan boleh terkoyak, kemudian...


Buka kesemua RECEIVER BOLT yang ada pada badan marker dengan allen key, kemudian...


Boleh lah diangkat dengan perlahan-lahan bahagian atas badan marker, jaga-jaga sebab spring yang selalu terpelanting keluar adalah TRIGGER SPRING yang disangkut pada TOMB STONE LATCH, aku punya dah hilang so aku guna spring pen Kilometrico dipotong separuh, apa yang korang akan nampak bila dibuka ialah seperti gambar di atas, kemudian...


Ni dia gambar TOMB STONE LATCH dan TRIGGER SPRING yang selalu hilang, jadi keluarkan lah perlahan-lahan, kemudian...


FRONT BOLT, POWER TUBE dan REAR BOLT boleh dicabut dan diasingkan, COCKING HANDLE Dan COCKING HANDLE SPRING juga boleh diasingkan, COCKING HANDLE SPRING memang kedudukannya terangkat di belakang jadi semasa pemasangan sila pastikan kedudukannya terangkat pada bahagian belakang nya, jika tidak, semasa pemasangan badan, badan bahagian atas akan mengepit spring dan merosakkan nya, kemudian...


Keluarkan semua yang ada pada bahagian dalam marker, korang akan nampak O-RING di tengah-tengah badan dan BARREL ADAPTER di kiri, kemudian...


O-RING ni kalau nak buka pun boleh kalau tak mau pun boleh, kemudian...



Cabut BARREL ADAPTER dengan memusingkannya, jika boleh tandakan sesuatu pada barrel adapter supaya bila nak pasang balik nanti takde la pada kedudukan yang tak betul. Jadi macamana cara korang buka samalah cara memasangnya kembali...

thanks very much


Semua NEWBIE player mesti berani cuba buka marker masing-masing, aku masa newbie & marker baru dapat, selepas run-in sebanyak 300 biji pallets, malam tu aku dah bukak dah marker baru aku. Kalau takut jugak korang bleh amik gambar each & every step masa korang dismantle tu...jangan takut...macamana buka macam tu la pasang balik...






1 comment:

zanebabe said...

T-10 - titanium screws - Stainless Steel | Titanium Art
T-10 Stainless used ford edge titanium Steel is an titanium sheet metal authentic and original bronze alloy piece designed with genuine steel in mind. The stainless 2016 ford fusion energi titanium steel structure titan metal and the everquest titanium titanium