Woodsball lain dari Speedball (paintball padang), Speedball main kat padang berbantalkan tong dram dan bebelon angin, Woodsball pulak main di dalam hutan, berlawan dengan pacat, kala jengking, nyamuk & semut resaksa & main seperti perang betul-betul dan lebih mempunyai jalan cerita.
Contohnya, save the president, capture the flag, diffuse bomb dan kalau berminat nak lagi ganas dan sadis bleh main macam game Call Of Duty dan Counter Strike... perghhh layan...
Aku start main woodsball nih takde la lama sangat, sebelum ni aku main airsoft dari tahun 1990an, sekarang dah berenti main airsoft & bebarang semua dah jual sebab sukan airsoft ni diharamkan di Malaysia tapi aku tak nampak pun IMPACT buruk sukan airsoft ni kat Malaysia, berapa ramai sangat orang yang berani guna senjata mainan untuk merompak? Atau berani ke kita guna senjata mainan dan berdepan dengan Pak Guard yang pakai Pump Gun tu?...Kes rompak guna senjata betul lagi banyak dari senjata palsu dan aku pun tak paham kenapa negara-negara maju lain meng-halalkan sukan airsoft ni tetapi kita tidak...entah la...dari buat benda tak elok baik main paintball & airsoft kan...Ada gak menafaat...
Ok citer tentang aku pulak...
Apa yang buat aku ada pengalaman menembak ni mungkin sebab dedulu dok ngikut Pak Long aku memburu rusa, kijang, kancil dan beburung di hutan, so rasanya agak dah biasa memegang senapang nih, bagi aku marker paintball/ airsoft ni lebih kurang sama jer dengan senapang betul cuma peluru lain, recoil pun sememang nya lain.
HOPE SEMUA READERS ENJOY MEMBACA BLOG SAYA NI & JUGA SAYA HARAP SEMUA BOLEH FAHAM CARA-CARA BUKAK-MEMBUKAK TIPPMANN A5 / 98 YANG SAYA SEDIAKAN.
SAYA BELUM TUNJUK LAGI ILMU DIY REBORE MARKER LAGI KAN...POWER DAN SEDAP PERGINYA...HEHEHE
THANKS
totis Paintball Valley aka Black Cell
Saturday, February 25, 2012
Doa untuk pejuang Bangsa yang gugur di Bukit Chandu
Sumpah Prajurit Komando
Saya akan sentiasa merasa megah dan tampan sebagai seorang anggota tentera Malaysia.
Saya akan sentiasa patuh pada undang-undang Negara serta membantu dalam perlaksanaannya.
Saya akan mengutamakan kepentingan Negara daripada keperluan peribadi sendiri.
Saya akan sentiasa bersikap sopan, ikhlas dan jujur.
Saya akan sentiasa menghormati kepercayaan serta tradisi dan adat resam bangsa-bangsa lain dalam masyarakat Malaysia.
Saya akan sentiasa membantu rakan-rakan seperjuangan saya dan memimpin mereka jika saya yang terkanan sekali dalam masa yang genting.
Jika saya di tawan saya akan terus menentang dengan seberapa daya upaya dan apa sahaja cara yang sesuai.
Saya tidak akan sekali-kali menyerah diri selagi saya masih ada kemampuan untuk menentang.
Sekiranya saya disoal siasat saya akan memberi tahu nombor tentera, pangkat dan tarikh lahir sahaja dan tidak sekali maklumat-maklumat yang boleh mengancam atau mendatangkan akibat buruk kepada negara, pasukan, ketua dan rakan-rakan saya.
Saya akan mengharumkan nama Bere Hijau dan juga rakan-rakan seperjuangan yang memakainya hingga akhir hayat saya.
Wednesday, February 22, 2012
KOMANDO oh KOMANDO
Daripada 300 sukarelawan yang mengambil bahagian, hanya 15 orang sahaja yang terpilih untuk menjalani latihan asas Komando selama 6 minggu. Pada akhir latihan, hanya 4 Pegawai dan 9 anggota dari lain-lain pangkat berjaya dalam latihan ini dan juga merupakan trup nukleus yang pertama. Mereka adalah :
- Leftenan Kolonel Shahrul Nizam Bin Ismail (Jeneral Bersara)
- Mejar Abu Hassan bin Abdullah (Kolonel Bersara)
- Leftenan Mohd Ramli bin Ismail (Mejar Jeneral Bersara)
- Leftenan Dua Ghazali bin Ibrahim (Mejar Jeneral Bersara)
- Leftenan Dua Hussin bin Awang Senik (Kolonel Bersara)
- 6842 Sarjan Ariffin bin Mohamad
- 300152 Sarjan Anuar bin Talib
- 4861 Sarjan Zakaria bin Adas
- 201128 Sarjan Yahya bin Darus
- 202072 Koperal Silva Dorai
- 203712 Koperal Moo Kee Fah
- 13852 Lans Koperal Johari bin Haji Morhd Siraj
- 10622 Lans Koperal Sabri bin Ahmad
Kejayaan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga berkebolehan untuk mengambil apa jua peranan dan tugas yang diberikan. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada jurulatih khas dari Rejimen ke-40 Royal Marines Commando British, Grup Gerak Khas mula melebarkan sayap pada tahun yang sama, mereka berjaya mengatasi 6 latihan asas komando.
Mejar Abu Hassan bin Abdullah merupakan Pegawai Komand Pertama bagi Grup Gerak Khas (GGK), dan Sarjan Ariffin menjadi Mejar Skuadron yang pertama. Pada akhir 1965, kekuatan GGK adalah sebanyak 70%. Bagi memastikan pembangunan yang seiring dengan pasukan elit, pegawai dari pelbagai pangkat dihantar keluar negara untuk menjalani kursus-kursus khas seperti penyusupan lintas udara, penerjunan bebas, operasi-operasi khas, renjer, teknik amfibia dan sebagainya.
GGK juga mengadakan latihan bersama dengan pasukan elit dari negara lain seperti KOPASSUS TNI-AD dari Indonesia, Special Air Service (Australia, Britain), Special Service Group (Pakistan), US Delta Force dan Green Beret (Amerika Syarikat). KOPASSUS yang merupakan pasukan elit Indonesia yang paling kerap mengadakan latihan silang bersama dengan GGK ini kerana bagi menjaga nama baik kedua-dua negara serumpun selepas konfrantasi tersebut, pasukan ini mengadakan hubungan persahabatan dengan unit elit ini. GGK telah mengadakan operasi di Timur Malaysia dan semasa insiden 13 Mei 1969. Selepas Konfrontasi 1967, terdapat perbincangan sama ada untuk menyambung atau mengekalkan unit khas ini. Ini kerana terdapat implikasi kewangan dari unit GGK di mana ia bersamaan dengan keperluan dua Batalion Infantri. Oleh kerana isu tersebut, GGK telah dipindahkan ke Kem Segenting, Port Dickson pada 1968.
Insiden 13 Mei telah membuktikan bahawa GGK merupakan aset yang berharga buat kerajaan dan patut dikekalkan dan dikembangkan kepada regimen. Apabila elemen dan unit baru diserap ke dalam GGK, mereka telah dipindahkan ke Kem Sungai Udang, Melaka dan pada 1 Ogos 1970, Regimen Gerak Khas pertama telah dibentuk. Walaupun GGK telah mendapat kredit pada 1971 tetapi keanggotaannya masih menjadi milik kor masing-masing. Situasi ini menyebabkan masalah bagi merancang kerjaya anggotanya. Untuk mengatasi masalah ini, sukarelawan yang di buang dari senarai untuk menyertai Regimen Khas. Pada 1973, kor telah ditugaskan kepada 6 pegawai.
Perkembanga
Kem Sungai Udang telah diberi gelaran sebagai "Markas Komando". Ia telah berjaya menarik minat ramai sukarelawan dari regimen lain. Leftenan Kolonel Borhan bin Ahmad merupakan pegawai yang bertanggung jawab mencari jalan untuk mengembangkan GGK. Banyak aktiviti termasuk sukan dan aktiviti ketenteraan lain telah di susun untuk memastikan GGK terlibat. Program bersama dipimpin oleh negara lain seperti British, New Zealand, Australia dan juga Amerika Syarikat untuk mengembangkan pengetahuan dan mendapat pengalaman baru dalam aspek khusus dalam operasi khas.
Dalam rancangan malaysia Ke-3 dan penambahan pasukan bersenjata, Pusat Latihan Perang Khas (PULPAK) telah dibina pada 1 Ogos 1976. Fungsi utama adalah untuk memastikan keperluan latihan untuk pasukan khas dipenuhi. Selepas itu, Regimen kedua GGK telah dibentuk. Kesemua tiga unit menjadikan Kem Sungai Udang, Melaka sebagai tapak. Pada 1979, Pusat Latihan telah siap sepenuhnya dan Kolonel Borhan bin Ahmad menjadi Komandan bagi pusat latihan khas ini.
Persenjataan
Grup Gerak Khas dibekalkan dengan kelengkapan dan teknologi bagi semua unit elit Malaysia. Kelengkapan GGK bukan sahaja terdiri daripada sistem persenjataan biasa, tetapi turut dibekalkan dengan beberapa model baru.
Insignia
- Motto Rejimen
- Cepat Dan Cergas
- Lambang Rejimen
- Digelar sebagai "Harimau Berjuang", wajah harimau mengaum dan pisau komando. Warna hijau melambangkan status Rejimen Komando dan melambangkan warna hijau juga sebagai warna suci agama Islam. Warna Biru melambangkan hubungan erat antara Rejimen Gerak Khas dengan 40th Royal Marines Commando British. Harimau melambangkan keberanian, dan ketangkasan. Pisau Komando merupakan pertanda status anggota resimen – hanya anggota komando sahaja yang layak menyandang pisau komando.
- Beret Hijau
- Anggota Rejimen Gerak Khas menggunakan Beret Hijau, merupakan simbol am diantara komuniti pasukan komando di seluruh dunia. Lambang "harimau berjuang" diletakkan pada beret hijau.
- Lanyard Biru
- Anggota Rejimen Gerak Khas juga menggunakan lanyard berwarna biru, sebagai tanda penghargaan dari 40th Royal Marines Commando British. Anggota dari 40th Royal Marines dan Gerak Khas menggunakan lanyard biru tradisional.
- Rejimen Gerak Khas
Mengadakan Skuadron mencari, melapor dan menghancur musuh dengan penyusupan jarak jauh dan di samping itu bekerja rapat dengan pasukan gerila. Melaksanakan operasi ofensif secara bebas yang memerlukan kepakaran melalui laut, darat dan udara di dalam kawasan yanng dikuasai oleh musuh dan juga mendapatkan maklumat.
Latihan
Tentera Darat membuat pengambilan latihan Kursus Asas Komando 3(tiga) kali setahun, siri AK/1, AK/2 dan AK/3.Kursus ini mengambil masa selama 12 minggu, terbahagi kepada 5 fasa.Syarat untuk menyertai kursus ini seseorang itu haruslah berkhidmat dalam Tentera Darat terlebih dahulu sekurang-kurangnya setahun dan mempunyai rekod yang cemerlang. Pendek kata kursus ini hanya untuk anggota Tentera Darat bukan orang awam. Kursus ini juga merupakan kemuncak kepada kemampuan seorang anggota Tentera Darat. Biasanya,50 peratus anggota akan berjaya mengharungi kursus ini sehigga tamat. Contohnya kursus siri AK/3/2006. 180 anggota diterima menyertai kursus ini setelah lulus orientasi selama 30 hari di Markas 21 GGK. Akhirnya 90 anggota berjaya menamatkan kelima-lima fasa dengan jayanya pada 24 Februari 2007, bermula pada 2 Disember 2006.
Sebelum menyertai Kursus Asas Komando Gerup Gerak Khas 12 minggu, pelatih wajib terlebih dahulu mengikuti orientasi selama 30 hari bagi menilai apakah mereka layak menyertai kursus tersebut. Oleh itu mereka akan diuji sekeras-kerasnya.
FASA 1: KEM (5 minggu)
Setelah berjaya diorientasi barulah mereka boleh menyertai kursus. Objektif peringkat permulaan ini untuk menguji ketahanan mental dan fizikal anggota. Antara latihannya seperti abseiling, senjata, bahan letupan, perubatan dan sebagainya. Pada permulaan peringkat ini, pelatih akan berlari sejauh 76 km, seterusnya 76 km lagi pada waktu malam. Pertengahan pula jalan lasak 25 km. Di akhir peringkat ini pelatih harus keluar dari Kem Sg. Udang memandu arah sejauh 138 km tanpa henti.
FASA 2: HUTAN (2 minggu)
Latihan di peringkat ini seperti ikhtiar hidup, peperangan hutan dan sebagainya. Pelatih juga dilatih memandu arah sejauh 90km. Di akhir peringkat ini mereka juga akan berjalan sejauh 160 km dalam masa 3 hari. Biasanya, aktiviti inilah yang paling ramai pelatih gagal kerana menyerah dan tidak mampu bertahan lagi berjalan sejauh itu.
FASA 3: PAYA (1 minggu)
Walaupun hanya seminggu dan tiada apa-apa aktiviti fizikal di peringkat ini, tetapi mereka terpaksa bertahan untuk terus hidup dengan hanya berbekalkan seluar dalam, sebilah parang, beberapa batang mancis dan tiada langsung bekalan makanan diberi. Latihan lain ialah ikhtiar hidup, peperangan di paya dan sebagainya.
FASA 4: LAUT (2 minggu)
Latihan di peringkat ini seperti serangan pantas, menyelam di dasar laut, sabotaj dan sebagainya. Pelatih juga dikehendaki berdayung dengan kanu todak sejauh 20 km. Selain itu pandu arah laut 10 km dengan kanu yang sama. Setiap anggota komando WAJIB mahir dan pakar dalam tiga dimensi peperangan iaitu laut, darat dan udara.
FASA 5: LATIHAN PENAMAT (2 minggu)
Sekarang tibalah masa untuk pelatih mengaplikasikan segala apa yang telah dipelajari dan diharungi pada peringkat sebelumnya. Peringkat inilah merupakan ujian sebenar pelatih. Permulaan ujian mereka terpaksa berdayung sejauh 100 km menuju ke kawasan operasi. Tiba di sana,mereka perlu mencari dan mengenalpasti lokasi kawasan musuh, mengatur gerak dan seterusnya melancarkan serangan ke kawasan itu. Setelah serangan berjaya dilaksanakan dan objektif tercapai, mereka terpaksa pula melarikan diri dari musuh yang cuba memusnahkan mereka. Dalam pelarian ini, mereka juga perlu mengelak dari ditangkap. Inilah yang dinamakan Escape & Evasion. Jikalau ditangkap, mereka akan diseksa sebenar-benarnya. Jarak pelarian ini sejauh 240 km!!!Untuk mengelak dari ditangkap, mereka tidak boleh leka atau tidur sepanjang E&E itu. Masa yang diambil kira-kira 5 hari untuk menamatkan jarak sejauh itu. Bayangkalah keperitan yang mereka alami. Maka layaklah mereka digelar KOMANDO, iaitu manusia yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang amat tinggi
Segala ujian yang mereka harungi ini tak mungkin mampu dilakukan oleh manusia biasa. Saya sendiri bagaikan tak percaya apa yang mereka buat. Jumlah keseluruhan perjalan mereka sejauh lebih 900 km.
Mereka akan diberi rehat seminggu selepas itu sebelum hari penganugerahan beret. Anggota yang berjaya akan membuat satu demonstrasi serangan pantai keatas kubu musuh yang berada hampir dengan gigi air kepada tetamu kehormat.
Penganugerahan
Mulanya anggota itu akan melutut dihadapan penganugerah. Topi celoreng yang dipakai akan dibuang manakala beret hijau akan disarungkan. Kemudian anggota akan mendepakan tangan kanannya sambil menggenggam untuk penganugerah mengikat lanyard biru. Akhir sekali anggota perlu berdiri semula untuk penganugerah menyarungkan pisau Fairbairn & Sykes yang sarungnya telah berada tersedia di dada kiri. Penganugerahan ini diberi terlebih dahulu kepada pegawai.
Diploma juga turut diberikan kepada anggota-anggota itu.
Operasi yang diketahui
Insurgensi 1966-1990Pada insurgensi mulai tahun 1966 hingga 1690, Rejiment Gerak Khas terlibat dalam beberapa siri operasi menentang pengganas komunis diseluruh kawasan hutan Malaysia. Ramai diantara pengganas komunis yang berjaya dibunuh, dicederakan dan ditawan serta sejumlah besar senjata api, bahan letupan dan kelengkapan dirampas.
Kepulauan Spratley
Memandangkan unit Rejimen Gerak Khas adalah aset berharga kerajaan, perkara yang perlu difahami oleh pasukan elit tentera darat dan marin ATM adalah menjaga kawasan yang berhampiran dengan Kepulauan Spratley. Grup Gerak Khas dan PASKAL Tentera Laut Diraja Malaysia dihantar bertugas menjaga pulau-pulau kecil yang berhampiran dengan perairan Malaysia. Dua detasemen elit ini telah ditempatkan di Pulau Terumbu Ubi, Terumbu Mantanani dan Terumbu Layang-Layang serta Terumbu Siput dan Terumbu Peninjau.
Pertempuran di Mogadishu, Somalia (1993)
Grup Gerak Khas terlibat dalam operasi berprofil tinggi termasuklah operasi bersepadu dengan Rejimen Askar Melayu Diraja dan tentera Pakistan dalam tugas menyelamat pasukan Renjer dan pasukan elit Delta Force Amerika Syarikat yang terperangkap didalam pertempuran dengan tentera militan Jeneral Farah Aidid di Pasar Bakhara, Mogadishu, Somalia yang mengorbankan seorang krew kereta perisai MALBATT RAMD iaitu Allahyarham Koperal Aznan Awang dan 7 lagi cedera. GGK turut kehilangan dua anggotanya semasa pertempuran di bulatan K4 dimana unit ini terlibat dalam operasi yang diterajui oleh Amerika dalam tugas menangkap beberapa orang kanan Aidid.
Sukan Kommonwel ke-16
Grup Gerak Khas turut digandingkan bersama pasukan polis anti-pengganas Pasukan Gerakan Khas PDRM dalam tugas keselamatan khas dan bersedia untuk tugas operasi menyelamat tebusan dan mematikan bahan letupan (sekiranya berlaku ancaman dan kekacauan dari pihak-pihak tertentu) sempena Sukan Kommonwel ke-16 di Kuala Lumpur pada tahun 1998.
Bosnia Herzegovina
Unit-unit Grup Gerak Khas turut dihantar sebagai unit pengaman di Bosnia, yang mana satu dan hanya unit komando daripada Asia Timur-Selatan telah ditugaskan di Bosnia.
Timor Leste 2006
Grup Gerak Khas juga dihantar bersama dengan truper elit dari 10 Briged Para dan pasukan elit PDRM, Pasukan Gerakan Khas dalam operasi pengaman di Timor Leste, yang diketuai oleh Australia yang dikenali sebagai Operasi Astute.
Insiden Genting Sempah
Pada Julai, 2007, Rejimen ke-22 Grup Gerak Khas bersama dengan anggota 10 Briged Para dari Kem Terendak, PASKAU TUDM dan Pasukan Gerakan Khas PDRM dengan disokong oleh Tentera Laut Amerika Syarikat, Pasukan Gerakan Am PDRM, Renjer Perhutanan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) serta penduduk tempatan dalam usaha mencari dan menyelamat 6 krew helikopter Sikorsky S61 Nuri yang terhempas di Genting Sempah pada 13 Julai lalu. Walaubagaimanapun, keenam-enam wira negara tersebut telah terkorban sebelum pesawat malang itu ditemui oleh unit-unit penyelamat tersebut.
MALCON - UNIFIL
Unit ini juga terlibat dalam misi pengaman MALCON - UNIFIL di Lubnan bersama dengan tiga lagi elemen pasukan elit ATM (terdiri daripada 10 Briged Para, PASKAL dan PASKAU) dan ditempatkan di dalam Kontinjen India dalam menjaga keamanan di negara yang mengalami kemusnahan akibat serangan oleh rejim Israel. Keempat-empat pasukan elit ini bertindak sebagai Pasukan Tindakan Pantas dalam menghadapi sebarang bentuk ancaman dikawasan pentadbiran ATM disana.
Cara nak buka & pasang TIPPMANN 98
Original Marker TIPPMANN 98
Kit AK47 untuk TIPPMANN 98
Haaa... aku tau ramai yang beli marker tapi ramai jugak yang tak berani 'dismantle' marker sebab takut spring terbang & tak tau cemana nak pasang balik, takut dah bukak ada pulak parts yang tertinggal dan lelain sebab lagi, so kat sini aku nak tunjukan cemana nak bukak & pasang kit AK47 dari TIPPMANN dan pada yang takde kit, cara bukak marker ni pun sama jugak cuma kit AK47 tu takde aje... So here it goes...
Baringkan marker dengan bahagian kepala skru menghala ke atas kemudian buka segala skru yang ada pada badan 98 korang, jangan lupa jugak 2 skru pada tank adapter. Di ingat, cemana cara korang buka macam tu lah korang pasang balik, kalau takut lupa mesti label kan, kalau blur jugak, korang boleh ambil gambar setiap step yang korang buat, kalau bongok jugak aku cadangkan korang antar jer ke kedai paintball untuk dieorang bukakan...
Apa yang korang tengok kat sini adalah apa yang korang nampak bila korang buka 98 korang, step by step pemasangan dia akan aku tunjukkan kat bawah nanti, jangan takut...
Pasangkan POWER TUBE, kemudian...
Terbalikkan badan 98 korang dan skru kan semula POWER TUBE tu, kemudian...
Pasangkan FRONT BOLT dan LINKAGE ARM, selitkan front bolt pada power tube dan linkage arm di atas front bolt & power tube (dah ada lubang cuma sangkutkan jer), linkage arm rupa dia yang macam dawai dan penghujung dia dibengkok kan...kemudian...
Pasangkan FRONT SIGHT PIN di bahagian depan 98 korang. Di ingat front sight pin ni pendek dari pin-pin receiver dowel, kemudian...
Pasangkan FRONT SIGHT, di minta berjaga-jaga kerana ada clip dibelakang front sight, kemudian...
Pasangkan BALL LATCH pada bahagian depan 98 anda, kedudukannya mesti betul ye, kemudian...
Pasangkan kelima-lima RECEIVER DOWEL PIN pada tempat nya dan SAFETY PIN juga begitu, ingat bahagian merah pada safety pin mestilah berada di bahagian atas, TRIGGER GUARD juga selitkan pada bahagian yang disediakan, kemudian...
Pasangkan TRIGGER dan TRIGGER SPRING mestilah berada di hadapan safety pin, selit jer, kemudian...
Pasangkan SEAR dan SEAR SPRING pada tempat seperti gambar di atas, kemudian...
END CAP original 98 dah di keluarkan dan diganti dengan END CAP+STOCK AK47, jangan lupa O-RING tu masukkan sekali ke DRIVE SPRING tu, kemudian...
Masukkan DRIVE SPRING yang dah di selit kedalam END CAP/ STOCK ke dalam REAR BOLT, kena paksa sket sebab spring kan, kemudian...
Jika korang punya 98 original, pasang balik END CAP lepas tu pasang badan dan skru balik semua skru yang ada...SIAPPPP....
untuk 98 with kit AK47, sila tengok gambar bawah...
Pasang badan dan skru bahagian belakang 98 korang, kemudian...
Pasang kit hadapan AK47, selit jer pastu pasang skru, kemudian...
Pasang magazine kit AK47, kemudian pasang skru...senanggg...kemudian...
Skrukan yang mana patut...SIAPPPPPP!!!
Diingatkan, ada skru original akan dibuang dan diganti dengan skru-skru yang dibekalkan dengan kit sebab jadi kena la pandai-pandai sendiri skru mana yang perlu dan yang tak perlu...