CERITA TENTERA, AIRSOFT, PAINTBALL & CERITA AKU

Woodsball lain dari Speedball (paintball padang), Speedball main kat padang berbantalkan tong dram dan bebelon angin, Woodsball pulak main di dalam hutan, berlawan dengan pacat, kala jengking, nyamuk & semut resaksa & main seperti perang betul-betul dan lebih mempunyai jalan cerita.

Contohnya, save the president, capture the flag, diffuse bomb dan kalau berminat nak lagi ganas dan sadis bleh main macam game Call Of Duty dan Counter Strike... perghhh layan...

Aku start main woodsball nih takde la lama sangat, sebelum ni aku main airsoft dari tahun 1990an, sekarang dah berenti main airsoft & bebarang semua dah jual sebab sukan airsoft ni diharamkan di Malaysia tapi aku tak nampak pun IMPACT buruk sukan airsoft ni kat Malaysia, berapa ramai sangat orang yang berani guna senjata mainan untuk merompak? Atau berani ke kita guna senjata mainan dan berdepan dengan Pak Guard yang pakai Pump Gun tu?...Kes rompak guna senjata betul lagi banyak dari senjata palsu dan aku pun tak paham kenapa negara-negara maju lain meng-halalkan sukan airsoft ni tetapi kita tidak...entah la...dari buat benda tak elok baik main paintball & airsoft kan...Ada gak menafaat...

Ok citer tentang aku pulak...

Apa yang buat aku ada pengalaman menembak ni mungkin sebab dedulu dok ngikut Pak Long aku memburu rusa, kijang, kancil dan beburung di hutan, so rasanya agak dah biasa memegang senapang nih, bagi aku marker paintball/ airsoft ni lebih kurang sama jer dengan senapang betul cuma peluru lain, recoil pun sememang nya lain.


HOPE SEMUA READERS ENJOY MEMBACA BLOG SAYA NI & JUGA SAYA HARAP SEMUA BOLEH FAHAM CARA-CARA BUKAK-MEMBUKAK TIPPMANN A5 / 98 YANG SAYA SEDIAKAN.


SAYA BELUM TUNJUK LAGI ILMU DIY REBORE MARKER LAGI KAN...POWER DAN SEDAP PERGINYA...HEHEHE

THANKS

totis Paintball Valley aka Black Cell



Tuesday, May 10, 2011

ANALISIS PEMBELIAN KF-X OLEH INDONESIA

Dari atas, pesawat generasi ke 5 dari Russia (PAK-FA), dari China (J-XXX) dan yang bakal menjadi kenyataan KF-X dari Korea Selatan

1. Dekad ini, berlumba-lumba negara yang berkedudukan di Asia Tenggara menggunakan dana yang besar untuk mendapatkan teknologi ketenteraan.

2. Pertama, Malaysia yang menghabiskan berbilion ringgit untuk mendapatkan teknologi halimunan kapal perang jenis Friget Meko 100 melalui pembelian 27 friget jenis itu dari Jerman, diikuti oleh Singapura yang menyumbang dana berjuta dollar kepada Amerika Syarikat melalui program pesawat pejuang Joint Strike Fighter (JSF) dan terkini, Indonesia apabila sedang mengorak langkah untuk menandatangani perjanjian pada hujung tahun 2010 bagi menyumbangkan dana bagi program pesawat pejuang KF-X yang bermasalah.

3. Indonesia yang ketinggalan beberapa tangga dari segi teknologi ketenteraannya di belakang Malaysia dan Singapura akhirnya menyumbang berjuta-juta dollar yang diperlukan oleh Korea Selatan bagi memajukan jet pejuang KF-X.

4. Bantuan Indonesia membolehkan program itu berada pada tahap 80 peratus sebelum dilancarkan semula, hanya tinggal 20 peratus lagi tinggal untuk melancarkan KF-X yang mengalami masalah dari segi kewangan dan juga kemampuan teknikalnya.

5. Indonesia berharap melalui sumbangannya, republik itu bakal memperolehi 50 jet pejuang KF-X yang mempunyai kemampuan melebihi pesawat jenis F-16 (digunakan oleh Singapura dan Indonesia sekarang ini) tetapi masih di bawah kemampuan jet pejuang terkini F-35.

6. Jika KF-X dikeluarkan, Indonesia akan diberi hak untuk memasarkan jet pejuang itu dan mungkin mengeluarkannya secara berlesen di bumi republik itu sendiri.

7. Buat masa sekarang, Korea Selatan masih lagi tergapai-gapai untuk memajukan jet pejuang itu kerana ketiadaan teknologi malahan, beberapa buat prototaip KF-X jatuh terhempas sejak program itu dilancarkan pada tahun 2000 memaksa Korea Selatan mencari rakan kongsi dari luar negara samada Saab dari Sweeden mahupun Boeing dari Amerika Syarikat untuk mendapatkan teknologi yang diperlukan.

BERBALOIKAH ??

8. Dari segi kemampuan, jet KF-X mempunyai teknologi yang baik sedikit dari F-16, umum harus diingatkan, jet F-16 merupakan pesawat yang dibangunkan pada tahun 1976 dan 10 tahun lagi, pesawat itu akan dimasukkan ke dalam muzium.

9.Ini menunjukkan KF-X yang dibangunkan Korea Selatan bukan dicipta untuk menandingi jet-jet pejuang yang bakal digunakan oleh Singapura dan Malaysia ketika ia memasuki inventori Angkatan Udara Republik Indonesia pada tahun 2020.

10.Ketika itu, jet JSF sudah pasti memasuki perkhidmatan udara Singapura dan Malaysia, sebagai pesaing terdekatnya juga sudah pasti memikirkan jet pejuang terkini untuk mengimbangkan kekuatannya dengan Singapura.

11.MIG-29, F-16, F-18 dan SU-27 merupakan pesawat dari generasi 4.

12. Pasaran dunia ketika itu dipenuhi dengan pesawat pejuang dari generasi 4.5 atau 5. Sebagai contoh KF-X, MIG 1.44 dan SU-47 Berkut merupakan generasi 4.5.

13.Generasi kelima yang sedang dibangunkan selepas tahun 2005 sehingga sekarang ialah Sukhoi PAK-FA, F-22, F-35 dan MIG1.27.

14.Kelebihan pesawat generasi 4.5 terletak pada penggunaan teknologi Stealth dan radar berkuasa tinggi, jika demikian, ia tidaklah lebih baik atau mungkin berada pada tahap yang serupa dengan pesawat generasi keempat seperti SU-30 sekarang ini.

15.Teknologi Stealth yang dibangunkan oleh Korea Selatan juga sudah tentu bukan berada pada tahap tercanggih seperti yang dimiliki oleh pesawat Amerika Syarikat.

16.Jika setakat lebih baik sedikit dari jet F-16, saya ragui jika jet pejuang itu boleh menandingi SU-30 yang dipakai oleh Malaysia dan Indonesia sekarang ini. Dalam dunia, pesawat SU-30 MKI milik India adalah yang paling canggih berbanding yang dimiliki oleh Russia sendiri, SU-30 MKM Malaysia yang dibangunkan meniru SU-30 MKI, sudah pasti berada dalam tahap pesawat Sukhoi yang terbaik di dunia.

17.Tidak ada apa yang perlu dihairankan dengan teknologi Stealth kerana menjelang tahun 2020 atau 2030, hampir kesemua jet pejuang dan kapal perang mahu pun kereta kebal yang dijual pada pasaran dunia ketika itu kesemuanya akan dilengkapi dengan teknologi Stealth (Stealth menjadi marketing tools yang sangat berkesan nampaknya bagi pengeluar senjata).

18.Malahan, teknologi Stealth bukan satu perkara baru di Asia Tenggara kerana penggunaannya diimplementasikan buat pertama kalinya oleh Malaysia melalui friget Meko 100 malahan Malaysia merupakan negara pertama di rantau ini menggunakan kapal-kapal berteknologi modular.

19.Perlu diingatkan, jet pejuang KF-X direka untuk menandingi jet-jet pejuang yang dipakai oleh Korea Utara Korea Selatan secara teknikal masih berperang dengan Korea Utara. Sekarang sudah 2010, Korea Utara masih lagi menggunakan jet-jet pejuang yang ketinggalan zaman seperti Chengdu F-7B, Shenyang F-5, Shenyang F-6, MIG-21, MIG-23 dan MIG-29.

20.Sepuluh atau 15 tahun lagi, Korea Utara yang berhadapan dengan kemelut ekonomi dan teknologi yang tertinggal berpuluh tahun di belakang Korea Selatan akan terus menggunakan pesawat pejuang teknologi lama dan mungkin akan mengimport sebahagian senjata baru dari China yang sering menciplak teknologi dari Russia.

21.KF-X bukan direka untuk melawan jet-jet pejuang sehebat F-15, SU-30, JSF mahupun F-35 atau jet pejuang terkini dari Russia iaitu PAK-FA.

22.KF-X ini mungkin membantu Korea Selatan dari segi kelebihan teknologi kerana jumlah pesawat yang dimiliki oleh Korea Utara adalah jauh lebih besar iaitu 1,700 pesawat pelbagai jenis berbanding hanya 500 buah sahaja oleh Korea Selatan.

23.Sebagai pemain baru, Korea Selatan perlu memasuki pasaran jet pejuang dengan produk yang murah tetapi direka menggunakan rumusan teknologi barat seperti mana cogankata produk perangnya, “Western Technology For The Price Of Asia”.

KF-X PROJEK YANG BAKAL MEMBERI MASALAH?

24.Korea Selatan pada hari ini telah membangunkan beberapa buah pesawat berenjin jet tetapi bersifat latihan seperti KT-1 Wong Bee atau Ungbi dan T-50 Golden Eagle.

25.KT-1 tidak mencapai tahap pasaran yang dibanggakan kerana ia hanya mampu dijual sebanyak lebih kurang 12 buah kepada Indonesia dan lebih kurang 40 kepada Turki melalui projek timbal balas di mana negara itu membeli teknologi perisai modular dari Turki bernilai US540 juta.

26.T-50 Eagle pula sampai sekarang gagal menemui pasaran luar dan hanya dipakai oleh tentera udara Korea Selatan sahaja.

27.Mungkin juga jet pejuang KF-X juga akan mengalami masalah yang sama kerana trend pembelian jet pejuang oleh banyak negara di dunia masih banyak berlingkar pada Amerika Syarikat, Eropah, Russia dan China.

28.Jika sesebuah negara mahukan jet pejuang berteknologi tinggi, mereka boleh berpaling kepada Russia, Eropah dan Amerika Syarikat dan jika mahukan pesawat tentera yang murah, China menjadi opsyen terdekat, jadi di mana kedudukan KF-X dalam pasaran militari dunia??

KF-X DALAM TENTERA UDARA REPUBLIK INDONESIA

29.Jika dipetik dari media Indonesia, ada kemungkinan pesawat KF-X akan dipasang oleh PT. Dirgantara Indonesia (dahuluya dikenali sebagai Industri Pesawat Terbang Nusantara atau IPTN).

30.PT Dirgantara masih belum memiliki kemampuan dan teknologi yang diperlukan untuk membuat sebuah pesawat pejuang yang canggih, syarikat itu hanya mampu membangunkan pesawat berenjin turboprop (kipas) dan helikopter pada masa sekarang.

31.Kebanyakkan pesawat yang dibangunkan PT Dirgantara merupakan hasil dari teknologi lama bermula dari tahun 60an sehinggalah 80an.

32.Kos 20 peratus dari keseluruhan program KF-X yang ditanggung Indonesia adalah untuk disalurkan ke Korea Selatan bagi mengerakkan program itu.

33.Itu belum lagi kos pembelian 50 pesawat dan pembesaran atau permodenan kilang PT Dirgantara di Indonesia jika KF-X mahu dipasang di oleh anak watan republik itu.

34.Sebagai bandingan, pembinaan kereta perisai 8X8 Pars Malaysia yang nilainya mencecah RM8 bilion (masih dalam matawang Malaysia) adalah termasuk pembelian lebih kurang 200 kereta perisai dan kos yang bakal dihabiskan untuk membangun, membesar dan memodenkan kilang-kilang DRB Hicom bagi memasang kereta perisai itu di negara ini.

35.Sedangkan dana yang mahu dikeluarkan Indonesia untuk program KF-X sampai sekarang masih dirahsiakan, ia sudah tentu merupakan sumbangan dalam bentuk dollar bagi satu program yang nilainya tidak diketahui.

MENGAPA MALAYSIA TIDAK MEMBANGUNKAN JET PEJUANG SENDIRI

36.Pembangunan dalam jet pejuang merupakan satu usaha yang sangat kompleks dan berisiko tinggi.

37.Sebuah kilang pesawat memerlukan sokongan dari beratus atau beribu-ribu kilang atau industri lain.

38.Indonesia secara tradisi merupakan negara pengeluar kapal terbang yang dipelopori oleh IPTN, walaupun kecil saiz industrinya berbanding dengan Turki dan Korea Selatan (mengeluarkan F-16 secara berlesen) tetapi republik dengan lebih 200 juta nyawa itu sudah mempunyai kerangkanya sendiri.

39.Malaysia, saya lihat lebih cenderung kepada pembuatan kapal dan ini nampak apabila kerajaan mengeluarkan dana berbilion ringgit untuk mengerakkan pembuatan 27 buah kapal friget Meko 100, dana yang sangat mahal ini termasuklah pembelian blueprint teknologi dan rekabentuk kapal dari Kumpulan GNG, Jerman.

40.Pasaran jet pejuang di dalam negara adalah kecil, pada sebilangan masa, Malaysia hanya mengoperasikan lebih kurang 40-60 pesawat pejuang dalam satu-satu masa dan ini termasuklah pesawat latihan seperti Hawk, Mig 29, F-18 dan SU30.

41.Kos tinggi bakal menjadi isu pembangkang, sebagai contoh program pembuatan jet pejuang “Made in Japan” iaitu Mitsubishi F-2 mendapat kritikan hebat apabila kos program itu melonjak terlalu tinggi kerana pelbagai masalah dan bayaran lesen yang terpaksa dipikul.

42.Pasaran dalam dunia yang lebih cenderung kepada pesawat buatan AS, British, Russia atau China. Peranchis sehingga sekarang masih gagal menjual pesawat pejuangnya dari jenis Rafale.

43.Malaysia terdedah dengan pelbagai masalah politik antarabangsa yang bakal mendatang, misalnya sesebuah jet pejuang memerlukan ribuan komponen berteknologi tinggi dan sebahagian besarnya terpaksa diimport dan komponen ini terdedah kepada sekatan antarabangsa (ini dikaitkan dengan fakta 37 di atas).

44.Engin misalnya terpaksa diimport dari Amerika Syarikat, United Kingdom atau Russia. Program jet-jet pejuang China sendiri secara majoriti terpaksa mengimport enjin dari Russia, program KF-X bakal mengimport enjin dari Amerika Syarikat atau Eropah,

MESSAGE UNTUK PEMBACA DI MALAYSIA

45.Jelas Indonesia bersungguh-sungguh mahu membina industri pertahanan berteknologi tinggi walaupun mendapat kritikan yang penuh sinis dari sebahagian pemerhati negara itu yang berfikiran “barat”, republik itu akan tetap melangsungkan hasrat menandatangani perjanjian persefahaman itu menjelang hujung tahun ini kerana mendapat dukungan dan sokongan sebahagian besar rakyatnya.

46.Menurut satu laporan yang saya baca, kos pelaburan Indonesia ke dalam program KF-X adalah agak besar (kos tidak saya sebutkan di dalam ini kerana nilai pelaburan yang berbeza-beza dalam beberapa artikel).

47.Laporan itu menyebut, jumlah pelaburan yang mencecah ratusan atau bilion juta US itu sepatutnya dilabur untuk pembelian jet pejuang generasi kelima malahan dengan jumlah itu, Indonesia mampu mempunyai dua atau tiga skuadron pesawat pejuang generasi kelima menjelang tahun 2020 atau 2030.

48.Republik dengan populasi lebih kurang 200 juta nyawa itu bagaimana telah meniup satu semangat baru kepada rakyatnya yang jelas mendukung aspirasi nasional Indonesia untuk memenuhi bumi ini dengan barangan produk buatan anak watan.

49.Ini sangat berbeza dengan senario di negara ini, apabila rakyat gagal melihat aspirasi nasional dan melihat setiap sudut mempunyai kaitan dengan politik, malahan gagasan 1 Malaysia juga turut dipolitikkan dan menjadi sindiran atau bahan mainan sesetengah rakyat.


military of malaysia

2 comments:

Yastro said...

aku nak baca...tapi tulisan kecik sgt bro...mata aku dh le rabun dokek...huhuhuhu

Anonymous said...

ala, ko tekan jo Ctrl + untuk zoom in & Ctrl - untuk zoom out...