CERITA TENTERA, AIRSOFT, PAINTBALL & CERITA AKU

Woodsball lain dari Speedball (paintball padang), Speedball main kat padang berbantalkan tong dram dan bebelon angin, Woodsball pulak main di dalam hutan, berlawan dengan pacat, kala jengking, nyamuk & semut resaksa & main seperti perang betul-betul dan lebih mempunyai jalan cerita.

Contohnya, save the president, capture the flag, diffuse bomb dan kalau berminat nak lagi ganas dan sadis bleh main macam game Call Of Duty dan Counter Strike... perghhh layan...

Aku start main woodsball nih takde la lama sangat, sebelum ni aku main airsoft dari tahun 1990an, sekarang dah berenti main airsoft & bebarang semua dah jual sebab sukan airsoft ni diharamkan di Malaysia tapi aku tak nampak pun IMPACT buruk sukan airsoft ni kat Malaysia, berapa ramai sangat orang yang berani guna senjata mainan untuk merompak? Atau berani ke kita guna senjata mainan dan berdepan dengan Pak Guard yang pakai Pump Gun tu?...Kes rompak guna senjata betul lagi banyak dari senjata palsu dan aku pun tak paham kenapa negara-negara maju lain meng-halalkan sukan airsoft ni tetapi kita tidak...entah la...dari buat benda tak elok baik main paintball & airsoft kan...Ada gak menafaat...

Ok citer tentang aku pulak...

Apa yang buat aku ada pengalaman menembak ni mungkin sebab dedulu dok ngikut Pak Long aku memburu rusa, kijang, kancil dan beburung di hutan, so rasanya agak dah biasa memegang senapang nih, bagi aku marker paintball/ airsoft ni lebih kurang sama jer dengan senapang betul cuma peluru lain, recoil pun sememang nya lain.


HOPE SEMUA READERS ENJOY MEMBACA BLOG SAYA NI & JUGA SAYA HARAP SEMUA BOLEH FAHAM CARA-CARA BUKAK-MEMBUKAK TIPPMANN A5 / 98 YANG SAYA SEDIAKAN.


SAYA BELUM TUNJUK LAGI ILMU DIY REBORE MARKER LAGI KAN...POWER DAN SEDAP PERGINYA...HEHEHE

THANKS

totis Paintball Valley aka Black Cell



Tuesday, September 16, 2008

RED TALAPIA REINCARNATED 13 September 2008

Perghhh...berwoodsball di bulan puasa, tapi tak dahaga langsung sebab adrenalin pumping lupa pasal penat...Kali nih aku bergaya dengan full ghillies, main lebih kurang 10 orang jer dan team aku hanya 3 orang, aku, McKay (x-commando) & Luke, lelain semua kena 'seek & destroy' kitaorang bertiga...

So aku sebagai sniper duduk la diam-diam kat tempat yang aku dah pilih, memang berguna ghillies tu sebab semua orang dok take cover dekat-dekat dengan aku tapi tak nampak aku, aku tak tembak sesiapa sebab nak try implement benda yang aku belajar dari buku 'The Art Of Stealth' yang aku baca yang ditulis oleh seorang bekas sniper Amerika...

Lepas game tibalah waktu nak berbuka puasa, perghhhh talapia bakar perghhhh...

Gambar tak banyak sebab photographer pun berperang sekali...


aku tengah dok servis/modified marker tokey paintball


aku tengah dok servis/modified marker tokey paintball


Talapia oh talapia


Tengah dok setting & test marker sebelum berperang


self-potrait of me myself yang tak merokok...


uiks...sape nih??? Chubaka dari Star Wars??? Inilah aku dengan ghillie suit...











Dah panas & penat & lapar...waktu berbuka just around the corner...



tu diaaa...ni baru dessert...gambar talapia bakar takde la...


Sekian dari aku reporting dari Delta Paintball Bukit Cherakah Shah Alam...

Selamat Berbuka semua...







7 comments:

> darthmental < said...

Deyy.. bila nak tukaq tajuk tu? woodsball la.. bukan wodsball. Haha.

"sudah brapa lama training.."

:P

Amuro Ray said...

wei tottis, nak tanya... aku letak stealth a5 aku dlm beg hiking... tak rosak ke?

totttis said...

Dei mental, dah tukau dah...silap taip daaa...

totttis said...

Lotak ajo kek mano ko suka, dalam suar dalam ekau pun boleh ekau simpan, jangan tertembak udah la...

darthmental said...

haa.. bagus. dah tukaq pun. baru sosial, haha. :P

darthmental said...

dey "cik zana", bila nak update ni? haha. :P

neoafiez said...

tottis...apasal lu tak join battle yesterday kat cherakah??