CERITA TENTERA, AIRSOFT, PAINTBALL & CERITA AKU
Woodsball lain dari Speedball (paintball padang), Speedball main kat padang berbantalkan tong dram dan bebelon angin, Woodsball pulak main di dalam hutan, berlawan dengan pacat, kala jengking, nyamuk & semut resaksa & main seperti perang betul-betul dan lebih mempunyai jalan cerita.
Contohnya, save the president, capture the flag, diffuse bomb dan kalau berminat nak lagi ganas dan sadis bleh main macam game Call Of Duty dan Counter Strike... perghhh layan...
Aku start main woodsball nih takde la lama sangat, sebelum ni aku main airsoft dari tahun 1990an sampai 2000, sekarang dah berenti main airsoft & bebarang semua dah jual sebab sukan airsoft ni diharamkan di Malaysia tapi aku tak nampak pun IMPACT buruk sukan airsoft ni kat Malaysia, berapa ramai sangat orang yang berani guna senjata mainan untuk merompak? Atau berani ke kita guna senjata mainan dan berdepan dengan Pak Guard yang pakai Pump Gun tu?...Kes rompak guna senjata betul lagi banyak dari senjata palsu dan aku pun tak paham kenapa negara-negara maju lain meng-halalkan sukan airsoft ni tetapi kita tidak...entah la...dari buat benda tak elok baik main paintball & airsoft kan...Ada gak menafaat...
Ok citer tentang aku pulak...
Apa yang buat aku ada pengalaman menembak ni mungkin sebab dedulu dok ngikut Pak Long memburu rusa, kijang, kancil dan beburung di hutan, so rasanya agak dah biasa memegang senapang nih, bagi aku marker paintball/ airsoft ni lebih kurang sama jer dengan senapang betul cuma peluru lain, recoil pun sememang nya lain.
Apa yang perlu difahami tentang marker dan 'successful kill' ialah cara perjalanan peluru@pellets ke sasaran, kena ingat peluru@pellets paintball nih ada cecair di dalam nya jadi bila di tembak ia tidaklah setepat peluru yang solid, TRAJECTORY peluru@pellets mungkin ke kiri ke kanan atau ke atas dan bawah jadi jika kita tembak dari jarak jauh dan tersasar beberapa darjah ke kiri atau kanan dari sasaran cuba ubahkan sedikit muncung marker beberapa darjah dan begitulah seterusnya.
Sama jugak dengan airsoft cuma airsoft menggunakan peluru yang dipanggil BB's, iaitu manik bulat yang solid/keras, perjalanan bb's ke sasaran lagi accurate & jauh dari pellet paintball kerana bb's dibuat dari plastik yang solid.
Ok, jika korang boleh faham caranya/taktik ni insyaallah pasti akan ada 'kill' setiap kali main...Cuma kena berani lah sikit bila berdepan dengan musuh, jangan menyorok lama sangat belakang pokok tu ye...
Simple-simple jugak kalau main takde taktik kompom jadi lauk dalam hutan tu...hahaha
HOPE SEMUA READERS ENJOY MEMBACA BLOG SAYA NI & JUGA SAYA HARAP SEMUA BOLEH FAHAM CARA-CARA BUKAK-MEMBUKAK TIPPMANN A5 / 98 YANG SAYA SEDIAKAN.
THANKS
totis Paintball Valley aka Black Cell
JOM RERAMAI KITA G MAIN PAINTBALL HUTAN...
kitaorang tengah mencari geng nak main woodsball, sesapa aje newbies, season player, perempuan, lelaki, berlainan agama or apa-apa aje janji korang minat kat woodsball nih... email aku, jangan la segan...
A5 aku dengan sedikit modifikasi
Barrel AK47 dengan APEX BT Barrel tetapi akan di modified, tengok bawah...
Haaa... tu dia, cover AK47 dah di buang dan tinggal la barrel aje, bahagian atas marker aku tu besi yang aku modified jadi ala-ala OPSGEAR nye accessories untuk TIPPMANN, atas besi tu aku letak 'picatinny rail' (rail untuk kepit scope sniper tu la, yang bergigi-gigi tu), besi tu medium carbon steel yang kandungan karbon dalam besi tuh adalah 0.45%, so agak ringan besi nih tapi still kuat untuk support picatinny rail & scope...
Nampak sket picatinny rail dia, amacam?
Semua bahagian pada besi nih aku potong pakai grinder jer...
APEX BT47 barrel & AK47 style cover...
Semalam aku dah cat besi tuh, perghhh memang mantap dan lazat rupa dia, tunggu nanti aku post gambar marker yang dah siap... Aku ingat nak tambah picatinny rail lagi di kiri kanan besi tuh...Aku buat menda modifikasi dengan barang-barang murah jer sebab bajet pun seciput jadi selagi ada benda yang boleh aku modified homemade, aku akan buat, yang penting cantik...
Railing cam aku buat tu boleh mencecah lebih RM500 kalau original, so aku buat hanya modal pakai RM15 aje...
KOMEN LA SKET...haha
22 August 2008
Akhirnya siap cat dan sedikit modifikasi yang aku buat kat A5 aku... aku puas, puas, puas... enjoy the pictures



Dari dalam pandangan rifle scope, scope nih boleh diguna siang atau malam...


Picatinny rail untuk sangkut bipod...
tu jer la, nanti aku masukkan gambar on 24th pulak...
2 comments:
tot...aku geram tgk sniper scope ko tu, tp aku lagi teringin nak beli spotter scope :D ada yg local nyer ke spotter scope? hehehe
Spotter scope kalau berminat ada, bleh guna utk night vision sekali, rega dalam RM1500...berminat ke?
Post a Comment