CERITA TENTERA, AIRSOFT, PAINTBALL & CERITA AKU

Woodsball lain dari Speedball (paintball padang), Speedball main kat padang berbantalkan tong dram dan bebelon angin, Woodsball pulak main di dalam hutan, berlawan dengan pacat, kala jengking, nyamuk & semut resaksa & main seperti perang betul-betul dan lebih mempunyai jalan cerita.

Contohnya, save the president, capture the flag, diffuse bomb dan kalau berminat nak lagi ganas dan sadis bleh main macam game Call Of Duty dan Counter Strike... perghhh layan...

Aku start main woodsball nih takde la lama sangat, sebelum ni aku main airsoft dari tahun 1990an, sekarang dah berenti main airsoft & bebarang semua dah jual sebab sukan airsoft ni diharamkan di Malaysia tapi aku tak nampak pun IMPACT buruk sukan airsoft ni kat Malaysia, berapa ramai sangat orang yang berani guna senjata mainan untuk merompak? Atau berani ke kita guna senjata mainan dan berdepan dengan Pak Guard yang pakai Pump Gun tu?...Kes rompak guna senjata betul lagi banyak dari senjata palsu dan aku pun tak paham kenapa negara-negara maju lain meng-halalkan sukan airsoft ni tetapi kita tidak...entah la...dari buat benda tak elok baik main paintball & airsoft kan...Ada gak menafaat...

Ok citer tentang aku pulak...

Apa yang buat aku ada pengalaman menembak ni mungkin sebab dedulu dok ngikut Pak Long aku memburu rusa, kijang, kancil dan beburung di hutan, so rasanya agak dah biasa memegang senapang nih, bagi aku marker paintball/ airsoft ni lebih kurang sama jer dengan senapang betul cuma peluru lain, recoil pun sememang nya lain.


HOPE SEMUA READERS ENJOY MEMBACA BLOG SAYA NI & JUGA SAYA HARAP SEMUA BOLEH FAHAM CARA-CARA BUKAK-MEMBUKAK TIPPMANN A5 / 98 YANG SAYA SEDIAKAN.


SAYA BELUM TUNJUK LAGI ILMU DIY REBORE MARKER LAGI KAN...POWER DAN SEDAP PERGINYA...HEHEHE

THANKS

totis Paintball Valley aka Black Cell



Wednesday, May 27, 2009

Sekali sekala jom cerita tentang tentera kita...

29 RAHSIA NEGARA YANG ANDA PATUT TAHU (diambil dari blog Military Of Malaysia)

Fakta yang saya kemukakan di bawah ini ada yang tidak tepat kerana tidak dapat disahkan kebenarannya/kesahihannya. Saya berharap pembaca akan terangsang minda dan cuba mencari kebenaran akan cerita-cerita di bawah ini.

1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Vietcong.
(
Senoi Praaq were sent to vietnam as the tracker for the digger.)

2.Kemalangan pesawat MAS (MH653) di Tanjung Kupang bukan berpunca dari kerosakan enjin atau 'pilot error' tetapi ialah kerana perbuatan sabotaj atau rampasan.
(
Still a mystery but no one deny the hijacking theory)

3. Komando Malaysia pernah membantu tentera Amerika bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui 'Laser Target Designator' untuk dimusnahkan dengan "Smart Bomb" dari pesawat pengebom NATO.
(
classified. But Malaysian special forces did serve under Nato as CSAR)

4.Pernah berlaku pemberontakkan "Mutiny on ship" dalam sejarah Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), mereka yang terlibat kemudian dibicarakan di Mahkamah Tentera.
(
mmm...?)

5. Kapal perang TLDM, KD Selangor pernah terlibat dalam pertempuran laut dengan tentera Indonesia di mana seorang anak kapalnya mati semasa peristiwa konfrantasi dahulu.
(
True)

6. Tahukah anda filem "Black Hawk Down" mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysia lah yang menjadi wira , tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf.
(
well to be fair the filem are not about the recue attempt.)

7. Beberapa orang pegawai lain-lain pangkat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditangkap kerana menjual maklumat semboyan kepada pihak Singapura. (pendapat aku, elok dihukum gantung jer orang camni)
(
mmm...?)

8. Juruterbang Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan standby di cockpit pesawat mereka 24 jam apabila timbul isu panas terutama yang melibatkan Singapura.
(
they always on stand by…)

9. TUDM telah menghantar pesawat F/A18 Hornet ke Labuan untuk kemungkinan berperang semasa isu perebutan kepulauan Ambalat dengan Indonesia.
(
True)

10. Seorang rakyat Malaysia pernah menjadi perisik KGB dan telah ditangkap oleh pegawai perisikan negara antara tahun 70 - 80an dahulu dan beliau mengakui pegawai Cawangan Khas dan Risik ATM memang sangat cekap.
(
yeah and the whole soviet embassy were closed at that time.)

11. Malaysia pernah mahu membeli pesawat Boeing AWACS (Airborne Warning & Control System)

pada tahun 80an dahulu tetapi terpaksa membatalkan hasrat tersebut selepas niatnya di bocorkan oleh media tempatan, wartawan yang mendedahkan isu itu kesemuanya di soal siasat oleh Polis Bukit Aman.
(
True)

12. TLDM sudah pun mempunyai kapal selam tetapi dalam bentuk 'Submersible Boat' untuk kegunaan pasukan PASKAL.

13. Filiphina pernah "mengacah" sebuah kapal perang TLDM apabila dua jet pejuang Sabre mereka terbang rendah semasa satu isu dahulu.

14. TLDM sering membantu Amerika menjejak pergerakkan kapal-kapal selam Russia di Selat Melaka semasa era Perang Dingin dahulu dan ini menunjukkan TLDM sudah pun mempunyai sistem pengesan kapal selam yang amat baik pada ketika itu.
(
mmm...?)

15. Singapura sering menguji sistem pertahanan Malaysia terutama radar melalui sistem peperangan elektroniknya dari dahulu sehingga sekarang.
(since 1979-2002, the radio commnication always had been disturbed by singapore electronic war system)

16. Jumlah pelancong Singapura akan bertambah di sesuatu kawasan apabila Angkatan Tentera Malaysia membuat eksesais tentera di kawasan terbabit.

17. Tentera Singapura akan membawa peluru hidup tetapi berselindung di sebalik nama latihan apabila timbul isu panas dengan Malaysia. Sebagai contoh ketika lawatan seorang pemimpin Israel ke negara itu satu ketika dahulu.

18. CIA pernah memasang pelbagai alat pengintipan canggih di KLCC, aktiviti tersebut berselindung di sebalik penggambaran filem Entrapment lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta Jones.

19. Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu.
(
Komando yang pergi ke filipina utk curi dokumen rahsia adalah SB. Mahathir bagi cash RM100k kpd beliau utk buat 'mock' model Istana Malacanang (di Pahang kalau tak silap). Setiap hari beliau praktis utk curi dokumen tersebut. Ketika kejadian sebenar, 100% komando Malaysia dikerah berada di Sabah bersedia utk menyerang Filipina, sekiranya berlaku kesilapan kpd SB tersebut. Duta Malaysia dan rakan2 sudah lama cabut lari (takut beb). Tapi Alhamdulillah dokumen tersebut berjaya dicuri dan Sabah milik Malaysia sehingga Kiamat , insya ALLAH…..)

20. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis.

21. Program permodenan ATM yang dikenali PERISTA dibatalkan oleh bekas PM, Mahathir Mohamad apabila terlalu banyak penyelewengan dalam program itu. PERISTA dibangunkan sebagai persediaan untuk menghadapi ancaman komunis yang telah menang di Vietnam. (pendapat aku, tangkap orang2 ni dah humban ke penjara seumur hidup).

22. Kapal perang tercanggih TLDM (bergantung kepada zaman) akan dihantar dahulu dan berlabuh di perairan antarabangsa apabila ada lawatan Perdana Menteri Malaysia ke negara itu.

23. Pesawat Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pernah 'divert' (tidak diketahui sesiapa) ke Pakistan untuk melihat ujian bom nuklear pertama negara itu. Mahathir kini TUN menjadi satu-satunya pemimpin Islam di luar Pakistan yang pernah menyaksikan ujian tersebut (maklumat ini disampaikan sendiri dari seorang anggota perisikan Pakistan kepada penulis satu ketika dahulu).

24. Juruterbang Australia pernah menggelar pilot pesawat pejuang TUDM, "Berani tetapi Gila" dalam satu temuramah dengan media di negara kita. Australia dan TUDM sering mengadakan latihan bersama semasa negara itu mempunyai skuadron pesawat pejuangnya di Butterworth.
(
true)

25. Helikopter Nuri pernah ditembak jatuh dengan roket semasa darurat dahulu.
(
true, shot by an RPG 2)

26. Peristiwa di Pasar Bakara, Somalia menyaksikan dua buah kereta kebal Pakistan yang sepatutnya melindungi konvoi tentera Malaysia bertindak melarikan diri.

27. Kapal peronda TLDM KD PERAK
karam di Laut China Selatan akibat cuaca buruk dan beberapa orang anak kapalnya hilang.

28. Dua pesawat pejuang jenis Sabre dari Butterworth (tahun 1970an) pernah dilancarkan ke udara selepas radar di pengkalan itu mengesan pencerobohan pesawat asing (UFO - hal ini pernah saya baca dalam akhbar di Perpustakaan Negara dan ada dalam sebuah buku mengenai UFO yang saya temui di perpustakaan UiTM Shah Alam).

29. Seorang komando Malaysia pernah mencerobohi Kompleks Pertahanan Udara Singapura di Bukit Batuk. Selain melekatkan setem Malaysia pada peluru berpandu, komando itu juga menukar bendera Singapura kepada Malaysia di atas meja pegawai memerintah. Pegawai memerintah itu meletak jawatan selepas kejadian. Kompleks Pertahanan Udara Singapura di Bukit Batuk adalah kompleks yang amat ketat kawalan keselamatan nya. Hebat Komando Malaysia.

Tuesday, May 26, 2009

23 Mei 2009 - RTM buat shooting tentang Paintball di Cherakah

Pada 23 Mei 2009 aku pegi lepak Cherakah sebab RTM tengah shooting 'What Is Scenario Paintball' dan sedikit cerita tentang Malaysian Eco Paintball Challenge yang sedang berlangsung kat whole Malaysia sekarang, lucky hari tu aku bawak my beloved DSLR so aku pun snap...snap...snap...

ENJOY...